Saturday, 26 December 2020
MEMBURU AWAN KARPET DI BUKIT PANAU
Sunday, 20 December 2020
POKOK BUAH KECUBUNG BERACUN
Pokok kecubung atau nama saintifiknya Datura stramonium merupakan pokok renek herba semusim yang berasal dari China. Rupa bentuk tumbuhan ini menyerupai pokok terung dan tidak hairanlah kerana dari keluarga yang sama iaitu Solanaceae. Disebabkan itu, ada yang memanggil pokok kecubung sebagai terung pungak atau dalam dialek utara dipanggil terung pungaq.
Terdapat 3 jenis kecubung iaitu kecubung besar, kecubung kecil dan kecubung putih.
Pokok kecubung mudah dibiakkan menggunakan biji benih dari buahnya yang berduri berwarna hijau muda ketika muda dan bertukar ke warna coklat apabila matang.
Buah yang matang akan pecah dan menyemburkan biji-biji yang berwarna hitam untuk pembiakan secara semula jadi. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan keratan batang.
Pokok kecubung boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter, batangnya berkayu keras dan bercabang membentuk rimbun. Bunganya membentuk serombong atau trompet dalam berbagai saiz dan warna yang berbeza iaitu ungu dan putih, terdapat juga bunga kuning atau oren, tetapi kurang dijumpai.
Pokok kecubung merupakan tumbuhan yang beracun kerana terdapat unsur-unsur toksik terutama kandungan alkaloid. Gejala ini boleh menyebabkan kulit menjadi merah, sakit kepala, halunisasi dan mungkin konvulsi iaitu mengigil dan kejang serta koma.
Semua bahagian tumbuhan ini beracun, namun begitu keracunan hanya akan berlaku sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.
Jika ada yang keracunan kecubung, terutamanya kanak-kanak jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya biarkan mangsa berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.
Disebabkan kesan mabuk, maka ada kata pepatah ‘mabuk kecubung’ untuk merujuk kepada pasangan kekasih yang kemaruk cinta.
Amat malang ada yang menyalah guna daun kecubung sebagai untuk khayal.
Kandungan kimia yang terkandung dalam kecubung adalah hiosin, oksalik, lemak, dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid beladona.
Namun begitu kecubung merupakan salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina. Walau bagaimana pun penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luaran sahaja.
Dalam perubatan Melayu pula, kecubung biasanya digunakan untuk merawat penyakit seperti asma, rheumatik, sakit pinggang, bisul dan resdung.
Berbagai cara dan kaedah boleh digunakan dan salah satu cara bagi menghilangkan angin pasang pada buah zakar bayi. Cara rawatan angin pasang ialah dengan ambil daun dan dilayurkan. Gunakan daun itu untuk balut buah zakar. Boleh juga daun dilayur itu dijadikan tuam.
Selain itu daun kecubung juga digunakan untuk tuam barut perut bayi untuk mengatasi masalah perut kembung.
Dapatkan anak benih pokok kecubung.
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/5fiVoXhtfG?
- https://s.shopee.com.my/8pfXaNeEku?
- https://s.shopee.com.my/5VP5cGzK2h?
Monday, 7 December 2020
BURUNG RUFOUS HORNERO PEMBINA SARANG TANAH LIAT
Burung rufous hornero termasuk dalam sebahagian daripada keluarga Furnariidae. Spesies ini membina sarang berbentuk bulat daripada tanah liat dan ranting tumbuh-tumbuhan serta rumput.
Sarang itu dijadikan tempat untuk bertelur dan seterusnya tempat tinggal anak sebelum dewasa. Dalam keadaan biasa, burung ini lebih suka tidur atau berada di kawasan di luar sarang.
Sarang akan dibuat semasa musim pembiakan. Untuk menyiapkan sarang mengambil masa sehingga dua atau tigga bulan. Pun begitu, ada juga yang mampu disiapkan dalam tempoh lebih singkat. Sarang itu akan digunakan untuk tempoh masa tertentu sebelum ditinggalkan.
Rufous hornero tinggal dalam kawasan mempunyai padang rumput dan tumbuh-tumbuhan. Ia juga ditemui di kawasan sekitar penempatan manusia.
Rufous hornero makan beberapa spesies invertebrata, labah-labah dan bijian. Rufous hornero mencari makan secara berpasangan di bawah daun mahupun dalam lumpur.
Friday, 27 November 2020
IKAN BUDU HIDANGAN ISTIMEWA
Dapatkan ikan budu
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/3fxRRApsYF?
Thursday, 19 November 2020
SEJARAH KAIN PELEKAT DIPERKENAL DI TANAH MELAYU

Wednesday, 4 November 2020
Jenaka humor meraikan kejayaan Joe Biden
Ketika seluruh dunia menantikan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, di antara Donald Trump dari Parti Republikan, yang juga Presiden Ke-45 dengan Joe Biden dari Parti Demokrat, sudah ada idea jenaka melibatkan hubungan dengan China.
Umum mengetahui, hubungan Amerika Syarikat dan China selalu tegang. Namun, sudah ada jenaka yang mengatakan China telah lama mengalu-alukan Biden apabila sudah ada ‘kota’ yang mengambil nama Biden atau khususkan kepada Biden iaitu ‘Forbidden City’.
Perkataan Forbidden telah dieja menjadi ‘For Biden’ atau ‘Untuk Biden’. Lalu, Forbidden City menjadi For Biden City atau ‘Kota Untuk Biden’.
Apa pun jenaka itu, ia memberi maksud tersirat iaitu dengan kemenangan Biden (ketika artikel ini ditulis belum ada keputusan rasmi) akan memulihkan hubungan Amerika Syarikat dengan China, dua kuasa besar dunia yang dilihat selalu tegang dengan pelbagai isu terutama melibatkan ketenteraan dan perdagangan.
Alang-alang telah disebut mengenai Frobiddn City, elok kita ketahui sedikit mengenainya.
Kota Larangan Beijing atau lebih dikenali sebagai Forbidden City Beijing merupakan kompleks bangunan zaman purba yang paling besar dan dipelihara paling baik di dunia. Kota Larangan Beijing yang mempunyai nilai sejarah amat tinggi ini terkenal bukan sahaja di China, malah di seluruh dunia kerana saiznya yang besar, gaya binaannya yang indah, bangunannya yang tersergam megah dan mewah. Kota Larangan Beijing disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO pada tahun 1988.
Kota Larangan Beijing yang terletak di pusat bandar raya Beijing ini dibina atas titah perintah Maharaja Zhu Di, maharaja zaman Dinasti Ming pada tahun 1406. Pembinaan kota ini mengambil masa 14 tahun. Dua puluh empat orang maharaja zaman Dinasti Ming dan Qing pernah bersemayam dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara di sana selama kira-kira 500 tahun, sehinggalah Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911.
Kota Larangan Beijing terletak dalam kawasan seluas lebih 720 ribu meter persegi dan dikelilingi oleh tembok yang tingginya 10 meter dan parit perlindungan selebar lebih 50 meter. Reka bentuk bangunan, saiz, susunan, bentuk, hiasan dan kemudahan yang terdapat di Kota Larangan Beijing dibina menurut sistem kesusilaan, etika dan hierarki pangkat dinasti feudal yang ketat dan menggambarkan kuasa maharaja adalah yang maha tinggi.
Para pengunjung mesti melawat tiga dewan utama yang besar di Kota Larangan ini, iaitu Dewan Taihe, Dewan Zhonghe dan Dewan Baohe yang merupakan bangunan yang paling menarik. Kesemua dewan besar ini merupakan tempat maharaja menjalankan urusan pentadbiran dan mengadakan upacara-upacara yang penting.
Ketiga-tiga dewan besar ini terletak tepat di garis tengah dari utara ke selatan bandar Beijing. Dewan Taihe yang tingginya kira-kira 40 meter merupakan bangunan yang paling besar dan tinggi di Kota Larangan Beijing ini. Dalam dewan itu terdapat takhta persemayaman maharaja yang disadur dengan emas dan 13 ribu buah naga pahatan, iaitu lambang maharaja. Dataran di hadapan dewan ini luasnya 30 ribu meter persegi.
Terdapat 9999.5 buah dewan dan rumah di Kota Larangan Beijing. Menurut kepercayaan golongan maharaja pada zaman purba China, maharaja merupakan putera Maharaja di Langit yang menentukan segala sesuatu di dunia.
Istana Diraja di Langit mempunyai 10 ribu buah dewan dan rumah. Istana diraja di dunia tidak boleh melampaui bilangan itu. Maka jumlah dewan dan rumah di Kota Larangan Beijing ditetapkan sebanyak 9999.5 buah.
Ada perbandingan menarik tentang jumlah ini bagi menunjukkan betapa besarnya kompleks bangunan Kota Larangan ini. Seandainya seorang bayi yang baru dilahirkan tidur semalam sahaja di setiap dewan atau rumah di Kota Larangan Beijing ini, dia akan berusia 27 tahun, apabila berjaya tidur di semua dewan dan rumah ini.
Pembinaan Kota Larangan Beijing mengumpulkan kepandaian dan kebijakan rakyat China. Susunan seluruh kompleks bangunan, pelbagai bentuk atap, hiasan pada pintu dan dinding memperlihatkan reka bentuk yang bijak dan luar biasa.
Penggunaan batu putih berkualiti untuk membina lantai Dewan Taihe yang setinggi 8 meter, bukan sahaja membuatkan dewan itu kelihatan lebih megah, tetapi juga untuk menghalang lembapan tanah.
Terdapat banyak kepala naga pahatan daripada batu putih berkualiti yang cantik, yang dibahagikan dengan rapi pada dinding tiga lapis dasar Dewan Taihe. Kepala naga tersebut bukanlah hiasan semata-mata, tetapi juga untuk memudahkan penyaluran air. Apabila hujan lebat, lebih 1000 buah kepala naga tersebut akan menyalurkan air keluar, sekali gus mewujudkan pemandangan yang sangat mengagumkan.
Dalam Kota Larangan ini terdapat empat baris bangunan, yang jika dipandang dari luar memang benar-benar seperti rumah, tetapi di dalamnya penuh dengan ketulan batu sahaja. Bangunan ini adalah kemudahan yang direka oleh arkitek pada masa itu untuk menghalang kebakaran.
Di belakang Dewan Baohe pula, terdapat sebuah batu besar berbentuk segi empat panjang yang beratnya 300 tan dan diletakkan condong di tengah-tengah tangga. Di permukaan batu berukuran lebih 50 meter persegi ini diukir gunung, air laut, awan dan sembilan ekor naga.
Batu yang besar ini telah diambil dari suatu tempat yang jauhnya kira-kira 100 kilometer dari bandar Beijing. Untuk mengangkut batu ini, para pekerja telah menggali beberapa buah perigi yang jaraknya berselang beberapa puluh meter antara satu sama lain, di sepanjang jalan dari tempat asal batu itu sampai ke tempat pembinaan Kota Larangan Beijing.
Kerja ini dilakukan pada musim sejuk. Air dari perigi-perigi tersebut yang dicurahkan di atas jalan akan membeku menjadi ais. Sebanyak 10 ribu orang pekerja dan lebih seribu ekor kuda menghela batu tersebut di atas jalan berais itu selama sebulan, sebelum sampai ke Kota Larangan Beijing.
Tuesday, 27 October 2020
KESAN BURUK MEROKOK KEPADA KESIHATAN
Kita tidak boleh menggantikan kesihatan yang telah rosak dengan wang ringgit. Mungkin anda boleh mendapatkan rawatan terbaik menggunakan wang dimiliki, tetapi banyak usaha perubatan tidak mampu mengembalikan kesihatan yang baik.
Kebanyakkan kes kesihatan terganggu akibat aktiviti merokok berakhir dengan kematian biarpun usaha rawatan dilakukan. Segala-galanya sudah terlambat.
Bagi mereka yang berpendapatan kecil, jumlah wang dibelanjakan membeli rokok amat besar peratusannya kepada kewangan keluarga. Jangan bazirkan wang kepada perkara yang tidak berfaedah. Sayangi diri anda dan keluarga.
Hidup lebih bahagia dan ceria tanpa rokok. Anda boleh mengubahnya kepada yang lebih baik.
Keburukan merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.
Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.
Saturday, 17 October 2020
KEBAIKAN GUNA CUKA KAYU UNTUK TANAMAN
Tentu tidak banyak orang mendengar nama cuka kayu (wood vinegar). Itulah nama yang semakin disebut terutama di kalangan petani mahupun mereka yang gemar berkebun.
Cuka kayu adalah produk sampingan yang terhasil daripada pembakaran kayu tanpa udara bagi menghasilkan arang. Cuka kayu membantu tumbuh-tumbuhan berkembang dengan lebih baik dan lebih kuat, dan tahan terhadap perosak dan penyakit.
Cuka kayu adalah racun perosak dan baja yang sangat baik yang meningkatkan kualiti tanah, membantu menghilangkan perosak dan membantu dalam pertumbuhan tumbuhan dengan dapat mempercepatkan perkembangan tumbuhan. Ia sering digunakan untuk meningkatkan jumlah buah-buahan yang dihasilkan dalam kebun.
Dapatkan cuka kayu
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/3qGrshZIhs?
BULAN SABIT MERAH BERKHIDMAT TANPA MENGIRA BANGSA
Sunday, 11 October 2020
UBI KAYU REBUS KEMBALI POPULAR
Dapatkan ubi kayu
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/4fpysYOKBm?
- https://s.shopee.com.my/5VP5s6p8L6?
- https://s.shopee.com.my/7pn0eQ2G2v?
Friday, 25 September 2020
AIR TERJUN SUNGAI GABAI KAMPUNG SUNGAI LUI
Air Terjun Sungai Gabai merupakan sebuah tempat yang sangat mengujakan. Diurus dengan baik oleh pihak pengurusan. Walaupun kawasan Sungai Gabai agak terhad bagi ruangan berkelah, ia kekal popular sebagai kawasan kunjungan ramai kerana air yang sejuk dan bersih.
Bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil, biasanya cuma berkelah di bahagian kaki air terjun Sungai
Sebenarnya air terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas.
Terdapat kemudahan untuk pengunjung disediakan seperti pondok rehat, surau, bilik persalinan dan tandas.
Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan.
Di Kampung Sungai Gabai terdapat penempatan Orang Asli yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Orang Asli Sungai Gabai.
Tuesday, 15 September 2020
KEHEBATAN JUS NUSANTARA GOLD
- Merawat Gastrik
- Thyroid / Tonsil
- Batu karang / Stroke
- Ketumbuhan
- Seksualiti lelaki & Keintiman suami isteri
- Penyembuhan luka dalaman dan luaran
- Mengawal keputihan
- Kulit muka berseri
- Kegunaan wanita dalam pantang
- Menguatkan otot rahim
- Mengetatkan vagina
- Menstabilkan hormon estrogen wanita
- Menganjalkan payudara
- Pencegahan awal pre-menopause
- Melegakan pernafasan & mengeluarkan kahak
- Anti kanser servik
- Mengubati penyakit kulit & gatal-gatal
- Membersihkan darah & keracunan
- Meredakan gangguan dalam pencernaan
Sunday, 23 August 2020
BERUBAH MENCARI KEHIDUPAN LEBIH BAIK

Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah, ayat 218)
Selain menjadi golongan yang mengharapkan rahmat Allah, orang yang berhijrah juga mendapat keampunan dan kasih sayang daripada-Nya.
Firman Allah SWT bermaksud: "Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an-Nahl, ayat 110)
Golongan yang melakukan hijrah semata-mata kerana Allah juga akan mendapat ganjaran istimewa bukan sahaja di akhirat malah ketika di dunia lagi.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui." (Surah an-Nahl, ayat 41)
Keistimewaan golongan Muhajirin yang berhijrah atas perintah Allah dan Rasulullah dinyatakan dalam al-Quran. Mereka adalah kelompok awal umat Islam yang berusaha menjadikan diri mereka lebih baik daripada keadaan sebelumnya dengan menyahut seruan daripada Allah.
Mereka meninggalkan kehidupan di tanah air sendiri demi untuk memastikan kelangsungan dakwah Islam berkembang lebih maju. Itulah pengorbanan golongan Muhajirin yang perlu diambil iktibar oleh seluruh umat Islam.
Antara iktibar yang boleh dipelajari ialah semangat juang yang tinggi dan tidak berputus asa untuk memastikan Islam menjadi agama yang diterima oleh manusia.
Oleh itu, hijrah sering dikaitkan dengan jihad kerana golongan Muhajirin yang berhijrah adalah kelompok manusia yang optimis dengan kejayaan yang bakal dikecapi hasil daripada usaha mereka bersama Rasulullah SAW.
Saturday, 25 July 2020
KEGUNAAN BUNGA KENANGA
Dapatkan benih pokok kenanga
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/9KboRexd0i?
Friday, 10 July 2020
BIDANG TUGAS DAN KUASA PEGUAM CARA NEGARA
Monday, 22 June 2020
JERING REBUS ADA PEMINAT TEGAR
Rasa jering rebus enak dan sedap. Jadi, tidak hairan jika jering rebus mendapat sambutan dan diminati penggermarnya.
Selain itu turut dimasukkan paku, abu, kulit batang kelapa dan sebagainya. Ini adalah untuk membuang kandungan getah atau 'bisa' jering ini.
Dari segi sains permakanan, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil.
Bagi pesakit penyakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Namun, jering tidak baik jika dimakan dalam kuantiti yang banyak atau setiap hari. Jering dikelaskan sebagai racun sedarhana kerana ia mempunyai asid yang menyebabkan keracunan. Ia menyebabkan sakit mencucuk atau berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure).
Thursday, 11 June 2020
BAHAYA GOLONGAN MUDA ASYIK BERCINTA
















