Tuesday, 24 March 2020

UTAMAKAN KEPERLUAN SEMASA

Keperluan semasa didahulukan. Keperluan yang mendesak dan wajib disediakan. Jadi, langkah kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua amat tepat.

Pengeluaran itu adalah pilihan. Sesiapa yang memerlukan dibenarkan mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan daripada caruman terkumpul mereka di KWSP untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Soal kononnya pengeluaran itu dibimbang menjejaskan nilai simpanan tabungan hari tua rakyat negara ini tidak perlu difikirkan. Keperluan sekarang lebih utama. Hal masa hadapan boleh difikirkan kemudian.

Jumlah RM500 yang dibenarkan itu dapat sedikti sebanyak membantu memenuhi keperluan mendesak akibat wabak Covid-19, terutama di kalangan mereka yang berdepan masalah kewangan.

Pihak yang mempertikaikan keputusan kerajaan itu lebih bersifat kepentingan politik. Peranan mereka sekadar ingin mewujudkan suasana yang mereka prihatin terhadap masalah dihadapi rakyat.

Cadangan pihak berkenaan tidak bezanya dari segi 'keselamatan' simpanan masa tua nanti. Mereka mencadangkan adalah lebih baik bagi kerajaan membatalkan kutipan cukai pendapatan melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB) untuk tempoh selama 12 bulan.

Tidakkah cadangan itu juga akan mengurangkan simpanan masa hadapan? Fikir dan renungkan...

No comments:

Post a Comment