Pokok gaharu juga dikenali pokok karas atau mengkaras hidup
di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 meter dari aras laut dan
memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
Permintaan untuk gaharu semakin tinggi, tetapi pengeluaran
semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Harganya
boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred terbaik.
Malah, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi
iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum
dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun dan akar) berguna dan
dapat dikomesialkan.
Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar,
kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan
dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai
tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.
Dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam
jangka masa 5-6 tahun, selepas 12 bulan suntikan (inducement) ubat, pokok boleh
mula ditebang untuk mendapatkan resinnya.
Untuk satu ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan
jarak antara 6-7 kaki. Anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan
seekar ialah RM1 juta.
Minyak gaharu (Oud) ialah minyak aromatik bernilai tinggi
yang digunakan secara meluas untuk haruman premium (pewangi), terapi
alternatif untuk menenangkan fikiran dan bahan perubatan tradisional.
Ia juga sering digunakan dalam ritual keagamaan serta
menghasilkan produk penjagaan diri seperti sabun, syampu, dan losen.

No comments:
Post a Comment