Hidangan
menu ubi rebus menjadi makanan tradisi penduduk di negara kita. ia mudah ditanam
dan mengeluarkan hasil. Ubi kayu pembekal tenaga. Sebab itu, ada masyarakat di negara
lain menjadikan ubi kayu sebagai makanan rugi.
Malah
di negara kita, ubi kayu dijadikan makanan altenatif menggantikan nasi ketika Pendudukan
Jepun di Malaya semasa Perang Dunia Kedua.
Terdapat
banyak jenis ubi kayu tumbuh di negara kita. Namun, tidak semua jenis sesuai
atau sedap dimakan. Terdapat jenis ubi kayu yang agak keras, pahit dan aroma
yang tidak enak.
Apakah
jenis ubi kayu yang sesuai untuk dijadikan ubi rebus bagi tujuan dimakan? Di
negara kita ubi kayu jenis black twig (tangkai hitam) dan white twig (tangkai
putih) tempatan sesuai untuk direbus dan dimakan.
Jenis
ubi yang beracun adalah dari jenis ubi gajah, ubi ornamental, ubi 'ganyot' pula
adalah jenis yang kurang sesuai untuk direbus.
Pokok
ubi kayu yang berumur lebih 7-8 bulan ke atas boleh dituai. Jika dibiarkan lebih
lama, ubinya akan menjadi keras dan tidak sesuai untuk dimakan.
Ubi yang digali
atau dicabut perlu direbus dengan segera untuk menjamin kualitinya. Lebih lama
ubi dibiarkan akan menyebabkan berlakunya proses penapaian dan penurunan
kualiti.
Memasak
atau merebus ubi kayu memerlukan masa 15-25 minit sehingga ubi rebus lembut
atau emput. Toskan air dan biarkan ubi agak sejuk sedikit untuk dihidangkan.
Ubi
kayu rebus boleh makan kosong tanpa pencicah. Namun biasanya ia dicicah atau dimakan
bersama dengan kelapa muda diparut yang digaul bersama gula dan sedikit garam.
Selain
itu, ubi kayu rebus juga dimakan bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal
tumis udang.
Ada juga yang suka makan ubi kayu rebus dengan ikan goreng, sama
ada ikan kering mahupun ikan segar terutama akan selayang.
Menu
ubi kayu rebus kini bukan sahaja digemari penduduk kampung, bahkan kita turut
dihidangkan di restoren dan hotel mewah.
Salam
ReplyDelete