Di
Malaysia terdapat banyak pokok harba yang kaya dengan nilai manfaat perubatan.
Salah satu pokok herba yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional
Melayu ialah pokok emas cotek ataupun mas cotek.
Pokok
mas cotek ada dua jenis iaitu mas cotek jantan (berdaun kecil) dan mas cotek
betina (berdaun besar). Mas cotek dikenali juga dengan berbagai nama
seperti sempit-sempit, agoluran, barito, ara jelatih, ara tunggal, api-api
telinga gajah, api-api telinga kera, raja ubat dan secotek emas.
Nama mas cotek diberi atas sebab terdapatnya bintik-bintik halus berwarna emas
pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Malah pada buahnya terdapat
titik yang berwarna merah muda.
Antara
khasiat mas cotek ialah berkaitan dengan kesihatan wanita. Mengamalkan minum
air rebusan mas cotek boleh mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu
rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya.
Khasiat
mas cotek juga dapat meningkatkan ghairah seks lelaki dan wanita.
Pokok
ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara
mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan
direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan.
Selain
dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5
biji sehari) untuk menyihatkan badan. Daun mas cotek boleh dipetik dan
dikunyah semasa segar.
Air
rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan
penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan.
Mas
cotek kaya dengan mengandungi bahan aktif yang sangat penting untuk sistem
tubuh seperti flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthosyanins dan pehnols.
Kebaikan
khasiat mas cotek:
-
Mengurangkan keletihan.
-
Memperbaiki peredaran darah.
-
Mengeluarkan toksin badan.
-
Memecah lemak.
- Membuang kolesterol dalam darah.
-
Memperbaiki daya fokus dan ingatan.
-
Membuang toksid dari badan.
-
Mengawal penyakit kencing manis.
- Mengurangkan darah tinggi dan lemah jantung.
-
Mengurangkan kesan sakit pinggang.
-
Meningkatkan keinginan seks suami dan isteri.
-
Menguatkan otot kelamin tuan dan puan.
-
Melancarkan peredaran haid.
-
Merawat penyakit pneumonia.
-
Memperbaiki kerosakan urat saraf.
-
Membantu mengatasi masalah keputihan.
-
Merawat migraine.
-
Merawat resdung.
-
Merawat batu karang.
-
Merawat gout.
No comments:
Post a Comment