Friday, 26 December 2025

KEGUNAAN MINYAK GAHARU

 
Minyak gaharu (Oud) ialah minyak aromatik bernilai tinggi yang digunakan secara meluas untuk haruman premium (pewangi), terapi alternatif untuk menenangkan fikiran dan bahan perubatan tradisional. Ia juga sering digunakan dalam ritual keagamaan serta menghasilkan produk penjagaan diri seperti sabun, syampu, dan losen. 

Minyak gaharu digunakan dalam rawatan aromaterapi. Aroma gaharu yang menenangkan mampu mengurangkan stres, kecelaruan, kemurungan dan membantu merawat masalah sukar tidur.

Dalam perubatan tradisional, ia dipercayai mampu merawat masalah pernafasan seperti batuk, kahak, sakit tekak, lelah, dan juga digunakan untuk merawat sakit perut.

Minyak gaharu juga dalam industri minyak wangi antarabangsa, terutamanya di Eropah kerana aromanya yang tahan lama dan unik.

Ia juga digunakan dalam produk penjagaan diri diproses menjadi sabun, syampu, dan losen.

Dalam amalan rohani dan tradisional, kayu dan minyak gaharu digunakan untuk menghindarkan gangguan makhluk halus, sihir, dan meningkatkan kekuatan akal. 

Gaharu digunakan untuk amalan keagamaan Cina, Unanai, Ayuravedik dan Tibet. Di Timur Tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah. 

Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat antimalaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Dapatkan wangian minyak gaharu 

No comments:

Post a Comment