Kulat
sisir atau juga dikenali cendawan kukur semakin mendapat sambutan. Dulu kulat
sisir tumbuh di batang pokok mati pada musim hujan, terutama di batang pokok
getah. Ia tumbuh secara semula jadi tanpa perlu ditanam dan pengawasan.
Namun
kini, kulat sisir sudah dikomersialkan menjadi 'tanaman' memberikan pulangan
lumayan sepanjang tahun.
Biarpun
ditanam secara komersial menggunakan medium bongkah dan diletakkan di dalam
bangsal, rasa dan kualitinya adalah sama dengan yang tumbuh secara semula jadi.
Permintaan
terhadap kulat sisir amat tinggi kerana rasanya sedap dan kaya khasiat.
Cendawan
sisir dapat meningkatkan tahap imun badan dan sebagai antibakteria dan parasit
selain berupaya melindungi hati. Tanaman itu mempunyai pelbagai khasiat seperti
mengandungi ‘schizophyllan’ iaitu antibarah.
Kini,
kulat sisir ada dipasarkan melalui internet bagi memudahkan pembeli tidak kira
di mana berada mendapatkannya.
Penanaman
kulat sisir menggunakan kaedah bongkah membolehkan hasilnya dituai sepanjang
tahun.
Penjagaan
kulat sisir tidak rumit dan hanya mengambil masa selama seminggu untuk tumbuh
setelah torehan bongkah dilakukan.
Kulat
sisir tidak mudah rosak jika dikendalikan secara betul. Setelah dituai boleh 'diawet' dengan cara dikeringkan dan
boleh disimpan lama.
Cendawan
kukur yang segar perlu disimpan di bahagian chiller peti ais (bersuhu antara
4-6 darjah celcius) dan mampu bertahan selama 2 minggu ataupun 14 hari manakala
cendawan kukur yang dikeringkan mampu bertahan sehingga 6 - 12 bulan bergantung
kepada bekas penyimpanan cendawan kukur tersebut.
Bekas
penyimpanan yang kedap udara adalah paling disarankan untuk menyimpan cendawan
kukur yang kering.
Untuk
menghasilkan cendawan kukur yang kering daripada cendawan kukur yang segar
adalah dengan mengasingkan segala habuk kayu dan juga benda-benda asing
daripada cendawan kemudian ianya perlu dibasuhkan, ditoskan sehingga air kering
kemudian dijemur di bawah sinaran cahaya matahari yang terik dalam jangkamasa 4
- 6 jam.
Nisbah
cendawan kukur segar kepada cendawan kering adalah 3 kilogram cendawan kukur segar
dapat menghasilkan 1 kilogram cendawan kukur kering.
Harga
pasaran cendawan kukur dalam purata antara RM60-80/kilogram. Manakala purata
harga cendawan kukur kering antara RM100-200/kilogram.
No comments:
Post a Comment