Tuesday, 17 June 2025

FITNAH TERHADAP NFC TERLERAI

 
Mahkamah Persekutuan mengarahkan Public Bank membayar ganti rugi sebanyak RM90 juta kerana melanggar kewajipan statutori dan kerahsiaan dengan mendedahkan akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC) serta tiga syarikat berkaitan kepada umum.
 
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Hasnah Hashim, mengarahkan bayaran RM30 juta masing-masing bagi ganti rugi saksama, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk. Public Bank perlu membayar faedah 2 peratus ke atas jumlah itu bermula 18 Jun 2025 sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan.
 
NFC pernah dijadikan simbol kegagalan dan skandal kononnya zaman kerajaan Barisan Nasional (BN)  di bawah Datuk Seri Najib Razak. Ia dikaitkan dengan projek lembu, pembelian kondominium, dan tuduhan salah guna dana RM250 juta. Segala serangan dibuat semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan waktu itu.
 
Selepas lebh 10 tahun, kebenaran akhirnya diketahui. Mahkamah Tinggi telah melepaskan dan membebaskan pemilik NFC dan tiga anaknya daripada semua tuntutan sivil yang dibawa oleh kerajaan.
 
Mahkamah putuskan tiada salah guna. Tiada pecah amanah. Malah, kerajaan BN sebelum Najib jadi Perdana Menteri pula yang didapati melanggar perjanjian, termasuk gagal membina rumah sembelih eksport seperti dijanjikan.
 
Disebabkan itu, NFC dibenarkan untuk membuat pelaburan lain seperti membeli kondo bagi menampung kos faedah pinjaman RM250 juta daripada kerajaan.
 
Kes menjadi lebih menarik apabila Public Bank pula diarahkan bertanggungjawab kerana mendedahkan maklumat akaun NFC secara tidak sah kepada pihak ketiga. Sekarang, bukan saja bebas dari segala tuduhan, malah NFC menang saman dan hari ini menerima pampasan RM90 juta.
 
Bukan sahaja nama NFC yang berjaya dibersihkan dalam kes ini, tetapi nama Najib juga yang ketika itu turut menjadi mangsa fitnah utama dengan segala serangan bertubi-tubi.
 

No comments:

Post a Comment