Tuesday 27 October 2020

KESAN BURUK MEROKOK KEPADA KESIHATAN

Perbuatan merokok berbahaya kepada kesihatan. Bagi yang kaya, mungkin wang digunakan membeli rokok tidak memberi kesan apa-apa. Tetapi ingatlah tentang kesihatan.  

Kita tidak boleh menggantikan kesihatan yang telah rosak dengan wang ringgit. Mungkin anda boleh mendapatkan rawatan terbaik menggunakan wang dimiliki, tetapi banyak usaha perubatan tidak mampu mengembalikan kesihatan yang baik.  

Kebanyakkan kes kesihatan terganggu akibat aktiviti merokok berakhir dengan kematian biarpun usaha rawatan dilakukan. Segala-galanya sudah terlambat.

Bagi mereka yang berpendapatan kecil, jumlah wang dibelanjakan membeli rokok amat besar peratusannya kepada kewangan keluarga. Jangan bazirkan wang kepada perkara yang tidak berfaedah. Sayangi diri anda dan keluarga.

Hidup lebih bahagia dan ceria tanpa rokok. Anda boleh mengubahnya kepada yang lebih baik.  

Keburukan merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.

Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.

Antara kandungan kimia berbahaya terdapat di dalam rokok:
- Aseton (penanggal cat).
- Ammonia (pencuci lantai).
- Naphthylamine.
- Metanol (bahan api).
- Naftalena (ubat gegat).
- Kadmium (digunakan dalam bateri kereta).
- Polonium-201.
- Gas monoksida (gas beracun).
- Vinil Klorida.
- Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas).
- Toluidina.
- Uretana.
- Toluena.
- Arsenik (racun anai-anai).
- Dibenzakridine.
- Fenol.
- Butana.
- DDT (racun makhluk perosak).
- Nikotin.
- Benzopyrine.
- Tar

 

No comments:

Post a Comment