Saturday, 12 February 2022

Khasiat kurma baik untuk lelaki

 
Kurma mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E), mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat, karbohidrat dan gula ringkas. 

Sumber serat dapat menggalakkan kesihatan pencernaan, dan mampu membantu mencegah kanser kolon dan kanser perut. 

Kadar potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma sangat baik untuk lelaki. 

Ia membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Kandungan kalium membantu menurunkan tekanan darah dan membekalkan tenaga untuk mencegah strok secara langsung.

Pada Mac 2021, penyelidik di Nigeria mendapati kurma dapat membantu meningkatkan kualiti sperma daripada segi bentuk dan kelajuan.
 
Kualiti sperma sangat penting sebagai pengukur untuk mengetahui tahap kesuburan lelaki. Ini berkait rapat dengan cara hidup dan pemakanan.
 
Kajian mendapati antioksidan, selenium, zink, omega 3, koenzim (CoQ10), karnitin dan makanan lain yang kaya dengan nutrien tertentu amat membantu dalam meningkatkan kualiti sperma lelaki.
 
Terdapat tujuh nutrien tambahan dalam kurma yang boleh membantu meningkatkan mutu sperma lelaki. Nutrien pertama ialah antioksida. Tekanan oksidatif dan kekurangan antioksidan adalah antara faktor mengganggu kualiti sperma apabila ia merosakkan DNA dalam sperma.
 
Tubuh memerlukan antioksida untuk membantu memperbaiki sel dan DNA yang rosak. Oleh itu, kerosakan sel serta DNA akibat tekanan oksidatif perlu diperbaiki.
 
Kurma mengandungi antioksida diperlukan badan. Ini disokong kajian dilakukan oleh pengkaji dari Tunisa pada 2009 yang mendapati, kurma tinggi antioksida dan mampu membantu meningkatkan kualiti sperma.

Nutrien kedua adalah zink iaitu antara mineral penting dalam tubuh. Zink membantu melindungi sperma daripada rosak akibat serangan bakteria. 
 
Di samping itu, ia turut mengurangkan kerosakan pada kromosom dalam sperma. Zink juga memainkan peranan penting dalam perkembangan testis dan proses penghasilan sperma iaitu spermatogenesis.
 
Kekurangan zink boleh mengganggu spermatogenesis dan punca masalah daripada segi morfologi yang dikenal pasti sebagai teratozopsermia. Ia juga mampu mengganggu tahap testosteron serum lelaki.
 
Nutrien seterusnya adalah selenium. Ia adalah mineral dan komponen penting terkandung dalam selenoprotein.
 
Selenium berfungsi sebagai antioksidan bagi melindungi sperma daripada spesies oksigen reaktif (ROS) yang mana ia adalah elemen yang mengganggu ketika proses penghasilan sperma (spermatogenesis).
 
Kajian membuktikan, kekurangan selenium dalam badan boleh mengganggu jumlah, pergerakan dan morfologi sperma.

Pada 2017, penyelidik di Pakistan mendapati, suplemen selenium mampu memperbaiki kualiti sperma daripada segi jumlah, pergerakan dan morphologi. Selain itu, selenium mampu membantu meningkatkan nafsu lelaki.
 
Kurma kaya dengan vitamin seperti A, D dan K yang mana nutrien ini membantu meningkatkan fungsi pembiakan lelaki. Terdapat kajian menjelaskan kepentingan vitamin D dalam sperma terutama pergerakan.

Vitamin lain dalam kurma bertindak sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan kesan tekanan oksidatif terhadap sperma dan ia membantu meningkatkan fungsi sistem pembiakan lelaki.

Nutrien yang turut terdapat dalam buah kurma ialah flavonoid iaitu nutrien yang terdapat dalam tumbuhan tertentu bertindak balas sebagai antioksidan dan anti radang kepada tubuh manusia.
 
Hasil kajian mendapati, kurma mengandungi 13 jenis flavonoid. Selain itu, ia turut mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan.
 
Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan mengurangkan jangkitan kuman ke atas sistem badan terutama sistem pembiakan lelaki. 


No comments:

Post a Comment