Salah
satu buah dibuat ulam ialah jering atau dipanggil juga jengkol. Khasiat buah
jering diperakui sajak turun temurun. Selain dibuat ulam ketika buah masih muda
atau lembut, buah jering tua atau isi yang telah keras boleh juga
direbus.
Rasa jering rebus enak dan sedap. Jadi, tidak hairan jika jering rebus mendapat sambutan dan diminati penggermarnya.
Di
Kelantan, jering rebus merupakan salah satu makanan tradisional yang agak
popular. Sehingga kini jering rebus masih lagi menjadi santapan dan masih ada
kelihatan dijual di pasar-pasar di Kelantan apabila tiba musim buah jering.
Jering
rebus biasanya akan dihidangkan bersama kelapa parut yang diadun dengan sedikit
garam dan gula. Bagi mereka yang mengemari makanan ini sudah pasti akan
mendapatkan jering rebus apabila ditemui ada dijual.
Bagi
mereka yang tidak pernah makan jering rebus, elok mencubanya. Sekali mencuba,
pasti anda anda akan menyukainya. Paling tidak pun anda akan berkata 'boleh
tahan'.
Jering
rebus dihasilkan daripada jering tua yang direbus selama lima hingga tujuh jam agar
benar-benar lembut. Hanya jering yang benar-benar tua sesuai untuk direbus agar
isinya kenyal dan tidak mudah hancur.
Cara
rebus jering amat mudah. Jering itu direbus dalam air yang dicampur dengan
berbagai bahan seperti daun pandan, daun limau purut dan beberapa jenis daun lain
serta kulit pokok jering itu sendiri.
Selain itu turut dimasukkan paku, abu, kulit batang kelapa dan sebagainya. Ini adalah untuk membuang kandungan getah atau 'bisa' jering ini.
Selain itu turut dimasukkan paku, abu, kulit batang kelapa dan sebagainya. Ini adalah untuk membuang kandungan getah atau 'bisa' jering ini.
Kaedah
memasak cara ini perlu dilakukan untuk mengelak masalah apabila makan jering
rebus, terutama jika makan dengan banyak. Antara kesan yang dialami ialah
kencing tidak lawas atau dalam istilah Kelantan dipanggil ‘kapit’ atau ‘kepit ’
Cara
merebus jering yang diamalkan itu dapat mengelak kesan buruk makan jering
rebus. Tujuan dimasukkan bahan-bahan itu untuk 'tarik' kerluar bahan kimia di
dalam buah jering menjadikan ia lembut dan kurang berbau, selain mengurangkan
kesan 'racun' yang terdapat di dalamnya.
Buah
jering rebus sedap dimakan bersama kelapa muda parut yang dicampurkan dengan
gula dan sedikit garam. Memang sedap dan unik rasanya. Makan
jering rebus tidak memberi kesan kepada bau air kencing yang tidak menyenangkan
berbanding makan jenis tanpa direbus.
Dari segi sains permakanan, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil.
Bagi pesakit penyakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Dari segi sains permakanan, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil.
Bagi pesakit penyakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Namun, jering tidak baik jika dimakan dalam kuantiti yang banyak atau setiap hari. Jering dikelaskan sebagai racun sedarhana kerana ia mempunyai asid yang menyebabkan keracunan. Ia menyebabkan sakit mencucuk atau berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure).
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring