
Kenapa
umat Islam dahulu hebat dan berjaya menguasai dunia? Kenapa umat Islam kini
teruk dan seakan-akan dihina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan
kesibukan pemuda” di zaman itu.
Ketika
orang Islam menguasai Andalusia, kerajaan kafir di sekitar sering berusaha
untuk menakluk kembali negara berkenaa. Satu cara untuk mengetahui kekuatan
tentera Islam ialah dengan mengetahui sikap pemudanya.
Justeru,
kerajaan berkenaan menghantar perisik untuk mengetahui bagaimana keadaan umat Islam
ketika itu. Perisik tu pergi ke Andalusia dan bergaul dengan rakyat, terutama
di kalangan golongan muda.
Pada
satu kesempatan, perisik itu melihat seorang pemuda sedang menangis.
Lalu,
perisik tu pun tanya: “Kenapa kau nangis wahai pemuda?”
Lalu
pemuda tu jawab: “Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku
nak mati syahid!!”
Bila
perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus pulang ke negaranya dan menceritakan
maklumat yang diperoleh, termasuk kisahnya bertanyakan pemuda yang menangis
itu.
Berdasarkan
maklumat risikanitu, kerajaan tersebut membatalkan rancangan untuk menyerang negara
Islam. Mereka akan mencari masa yang sesuai.
Pihak musuh menyedari kesibukan,
kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah,
tarbiah, jihad dan agama!
Hasrat
pemimpin kafir itu tidak terhenti di situ. Mereka secara berterusan membuat risikan
dan mengkaji kelemahan negara Islam dari masa ke semasa.
Masa
berlalu, perisik tentera musuh mendapat satu dapatan atau rumusan yang telah lama
menantikan keadaan itu berlaku.
Suatu
hari, perisik melihat seorang pemuda sedang menangis.
Lalu,
perisik tu pun tanya: “Kenapa kau nangis wahai pemuda?”
Lalu
pemuda tu jawab: “Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan
yang aku cintai!!”
Perkhabaran
itu dirumuskan oleh pakar strategi tentera musuh sebagai masa terbaik untuk
mereka menyerang negara Islam. Umat Islam telah dilanda dengan kesibukan, kerisauan,
agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan
dan yang sama waktu dengannya.
Akhirnya,
Islam kalah
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment