Monday 7 December 2020

BURUNG RUFOUS HORNERO PEMBINA SARANG TANAH LIAT

Burung rufous hornero adalah sejenis burung yang tinggal di benua Amerika Selatan. Burung ini adalah burung kebangsaan Argentina.

Burung rufous hornero termasuk dalam sebahagian daripada keluarga Furnariidae. Spesies ini membina sarang berbentuk bulat daripada tanah liat dan ranting tumbuh-tumbuhan serta rumput.

Sarang itu dijadikan tempat untuk bertelur dan seterusnya tempat tinggal anak sebelum dewasa. Dalam keadaan biasa, burung ini lebih suka tidur atau berada di kawasan di luar sarang.

Sarang akan dibuat semasa musim pembiakan. Untuk menyiapkan sarang mengambil masa sehingga dua atau tigga bulan. Pun begitu, ada juga yang mampu disiapkan dalam tempoh lebih singkat. Sarang itu akan digunakan untuk tempoh masa tertentu sebelum ditinggalkan.

Rufous hornero tinggal dalam kawasan mempunyai padang rumput dan tumbuh-tumbuhan. Ia juga ditemui di kawasan sekitar penempatan manusia.

Rufous hornero makan beberapa spesies invertebrata, labah-labah dan bijian. Rufous hornero mencari makan secara berpasangan di bawah daun mahupun dalam lumpur.

Dalam pembinaan


No comments:

Post a Comment