Logo
Bulan Sabit Merah berwarna merah yang berlatarbelakangkan tanah putih (red
crescent on a whith background) adalah satu lambang yang membawa
erti 'pengenalan dan perlindungan'.
Justeru
itu, terutama pada masa peperangan, darurat, kecemasan atau bencana, kemunculan
lambang bulan sabit merah amat-amat ditunggu-tunggu kerana ia membawa harapan
kepada mereka yang malang dan memerlukan bantuan.
Mereka
mengharapkan mendapat pertolongan, perlindungan dan bantuan peri kemanusiaan.
Maka,
itulah yang mereka dapat, biarpun mungkin tidak sepenuhnya. Sedikit itu lebih
baik daripada tidak mendapat langsung, kerana dengan sedikit itu mungkin dapat
menyelamatkan nyawa dan meringankan kesengsaaan yang ditanggung.
Sesungguhnya,
setiap ahli sentiasa disemai dengan ingatan akan tujuan murni perkhidmatan kemanusiaan
persatuan yang perlu didukung bersama, di samping sentiasa bersedia membantu
dan memberi harapan hidup yang lebih baik dan selesa kepada
mangsa, Insyaalah.
Bantuan
yang dihulurkan melepasi batasan sempadan agama, bangsa, kepercayaan, fahaman
politik, negara dan geografi. Ini selaras penciptaan manusia.
PBSMM
sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyertai dalam kerja-kerja
sukarela. Mereka akan diberi latihan yang selayaknya untuk membolehkan memberi
khidmat kepada masyarakat, terutama dalam pertolongan cemas dan kerja-kerja
membantu mangsa.
Kepada
yang tidak berkesempatan menyumbangkan tenaga, mereka juga dialu-alukan untuk
menyumbang dari segi wang, peralatan dan kemudahan yang dapat membantu
melancarkan aktiviti PBSMM.
Sama
ada ingin menjadi ahli atau memberi sumbangan, anda boleh berkunjung ke pejabat
PBSMM yang terdapat di seluruh negara. Sumbangan anda amat-amat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment