Monday, 20 December 2021
Sebab PAS lebih berminat tawaran PN
Wednesday, 8 December 2021
JUAL KELADI HIASAN UNTUK BAYAR SAMAN TRAFIK
Friday, 3 December 2021
SOTONG PALING TINGGI DICEMARI KADMIUM

Makanan laut sememangnya digemari ramai. Sama ada kering mahupun basah, ia pasti menjanjikan sajian digemari ramai. Sotong dan udang kering, begitu juga ikan bilis merupakan hidangan atau bahan masakan popular bagi hampir semua etnik di Malaysia.
Sunday, 28 November 2021
BILA MASA BUAH DURIAN SELAT PERLU DIPETIK
Tuesday, 23 November 2021
SUKAN TEKWANDO BINA SAHSIAH DIRI UNGGUL
Monday, 8 November 2021
SIPUT GONDANG EMAS HALAL DIMAKAN
Tuesday, 26 October 2021
MANGGA TELUR CEPAT BERBUAH
Dapatkan anak benih mangga telur secara dalam talian.
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/AAAv9fSQeX?share_channel_code=1
- https://s.shopee.com.my/8KjGyJzx7Y?share_channel_code=1
- https://s.shopee.com.my/5fiVnRmxDX?share_channel_code=1
Sunday, 17 October 2021
SEJARAH KELANTAN FM
Tuesday, 12 October 2021
KALAU TIDAK SUKA, TINGGALKAN SAHAJA
Saturday, 9 October 2021
JETI BOT KUALA BESAR
Wednesday, 6 October 2021
AMAL KERJASAMA RENTAS PARTI

Friday, 1 October 2021
CARA MEMBUAT BAJA IKAN
Baja ikan atau Fish Amino Asid (FAA) adalah sejenis baja yang dihasilkan daripada ikan yang dikompos atau diproses menjadi baja. Sejarah penggunaan baja ikan secara ‘moden’ telah diperkenalkan di Korea pada sekitar 1970-an. Kaedah itu kemudian tersebar di seluruh dunia.
Saturday, 25 September 2021
SEJARAH HUBUNGAN PATTANI DENGAN KETURUNAN DI MALAYSIA
Tuesday, 14 September 2021
TRAGEDI SERANG HENDAP KOMUNIS DI ULU LEGONG

Tragedi serang hendap di Ulu Legong, Kedah merupakan siri keganasan komunis. Kejadian itu melibatkan 9 anggota dari Kompeni Bravo Batalion ke 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpengkalan di Kem Sungai Petani.
Titik hitam peristiwa serang hendap ini berlaku pada tanggal 29 Oktober 1981, 9.45 pagi itu telah dirancangan lama berdasarkan penemuan diari Chin Peng ketika satu serbuan di tempat lain.
Dalam diari tersebut dicatatkan yang Chin Peng telah kehilangan dua orang kekasihnya dalam dua pertempuran berasingan dengan askar Melayu. Justeru, Chin Peng nekad membalas dendam ke atas kumpulan askar Melayu.
Segala perancangan disusun rapi, bukan setakat dua tiga hari, tapi memakan masa berbulan-bulan. Pergerakan keluar masuk askar Melayu pada ketika itu; berapa kekuatan anggota dan senjata yang digunakan dicatatkan.
Kompeni Bravo Batalion 22 RAMD baharu ditugaskan mengawasi di Kampung Lalang dan sekitar. Namun, Chin Peng menyangkakan kumpulan inilah yang telah menyerang mereka sebelum itu.
Pada hari kejadian, sembilan anggota Kampeni Bravo bergerak dari markas menuju ke Kampung Lalang yang terletak kira-kira empat kilometer dari kem.untuk mengambil bekalan makanan,
Ulu Legong ini dipilih sebagai tempat persembunyian pengganas komunis kerana faktor kawasan yang berbukit bukau selain faktor geografinya yang bersempedan dengan Thailand. Jadi ia memudahkan pergerakan komunis menyusup masuk keluar.
Tiba di satu jambatan, kenderaan yang dinaiki mereka dibedil dengan peluru roket pemusnah kereta kebal (bazooka) dari arah atas kawasan bukit.
Peluru bazooka tepat menghentam enjin hadapan trak Volvo Motar mengakibatkan dentuman kuat dan terus membuatkan askar di dalamnya tercampak keluar. Pemandu trak mati di serta merta, manakala yang lain mengalami kecederaan.
Anggota yang cedera segera mencari tempat perlindungan walaupun berada dalam keadaan cedera parah.
Di kawasan itu dianggarkan 34 komunis diketuai sendiri oleh Chin Peng seolah-olah tidak sabar-sabar lagi menunggu detik untuk membalas dendam.
Kurang 15 minit suasana yang bingit dengan berbalas tembakan bertukar menjadi sunyi sepi. Kepulan asap menerawang di udara. Tiada lagi bunyi tembakan balas dari pihak askar Melayu.
Komunis yang bersembunyi di balik bukit mulai turun menuju ke arah satu persatu mayat dan melakukan perbuatan tidak terjangkau dek akal waras manusia.
Seperti diceritakan dalam buku Serang Hendap Ulu Legong (DBP 2013);
Prebet Md Merdeka (pemandu trak), mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak.
Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!
Mayat Lans Kopral Hashim (ketua kumpulan), badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang.
Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana. Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan.
Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya.
Mayat Pbt Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan.
Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi. Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan.
Tujuh tentera terkorban dan hanya dua orang yang selamat.
Susulan kes serang hendap ini nama tentera yang terkorban telah diabadikan di Muzium Tentera, Port Dickson selain nama mereka turut terpahat di Tugu Peringatan, Ulu Legong.
Monday, 6 September 2021
BAHAN MEMBUAT LAICI KANG
Sekejap! Bagaiamana ejaan sebenar? Laici kang, lin chee kang, laicikang, cikang, cikong atau lai chi kang? Tidak kisah mana ejaan yang betul, asalkan ia difahami.
Bahan membuat laici kang boleh dibeli berasingan atau yang telah disediakan secara bercampur.
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/60MatzPAqQ?
MAKAN BIJI SELASIH TURUNKAN BERAT BADAN
KHASIAT HALBA
Halba juga boleh dimakan 'mentah' atau dimakan terus, tetapi sedikit keras. Halba juga boleh digoreng tanpa minyak dan disimpan untuk digunakan sedikit-sedikit dengan dicampur air panas.
Memang amat baik diamalkan pengambilan halba setiap hari atau pada masa-masa lain. Harga halba dikira agak murah dan mudah disimpan. Boleh digunakan untuk pelbagai menu masakan dan dijadikan perisa minuman.
Halba kaya dengan serat, protin, karbohidrat, zat besi, mangan dan magnesium.
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Mengelak kegemukan
- Mengurangkan berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul
- Menambah susu badan ibu.
- Menguatkan tulang
- Menurunkan kolestrol.









