Wednesday 8 December 2021

JUAL KELADI HIASAN UNTUK BAYAR SAMAN TRAFIK

Saman kesalahan lalu lintas mesti dibayar. Tidak kisahlah apa sahaja jenis kesalahan yang dilakukan. Bayar tetap kena bayar.

Dalam kes saman tertentu, boleh ditangguhkan masa pembayarannya.

Namun, ada jenis saman yang jika tidak dijelaskan, akan dikenakan tindakan tidak boleh diperbaharui cukai jalan. Jadi, tidak dapat tidak kenalah bayar sebelum memperbaharui cukai jalan kenderaan berkenaan.

Biasanya pihak penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan diskaun atau potongan jumlah yang perlu dibayar sempena hari tertentu.

Jumlah potongan yang diberikan agak tinggi juga. Ada yang sehingga 80 peratus daripada jumlah asal.

Tawaran seumpama ini pastinya mendapat sambutan. Namun, tidak semua orang dapat merebut peluang ini. Kalau tidak wang untuk bayar, tidak kisahlah berapa potongan yang diberikan.

Kalau masih ingin merebut peluang tersebut, kenalah lakukan sesuatu untuk mendapatkan wang yang diperlukan untuk membayar saman trafik tersebut.

Inilah yang dilakukan peminat keladi hiasan apabila terpaksa membuat tawaran melepaskan atau menjual pokok keladi hiasan yang dimilikinya. 

Niat untuk dijadikan benih dan ditambah bilangan terpaksa dilupakan. Walaupun jika ditambah biak tentu mendapat untung lebih besar.

3 comments: