Fenomina kesesakan lalu lintas bagi
perantau yang balik ke Kelantan pada musim perayaan adalah perkara lumrah.
Mereka terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas ketika ingin pulang ke Kelantan
dan pulang semula ke tempat kerja.
Kesesakan itu bukan alang-alang. Ia bukan
berlaku di jalan raya di Kelantan sahaja, bahkan di laluan di negeri lain
sebelum sampai di Kelantan atau meninggalkan Kelantan.
Kisah perjalanan yang mengambil masa
sehingga 15 jam atau masa sekali ganda berbanding masa biasa sudah menjadi lumrah
pengalaman perantau Kelantan.
Kalau ketika perjalanan balik ke Kelantan,
mereka tidak ada pilihan terus memandu dalam apa keadaan kesesakan sekalipun.
Asal sampai sudah.
Namun, dalam perjalanan pulang meninggalkan
Kelantan atau untuk kembali ke tempat bertugas, ada yang membuat keputusan
berpatah balik ke rumah keluarga jika keadaan lalu lintas terlalu sesak.
Tentang kena pulang kerja dan cuti telah
tamat, itu soal lain. Boleh diikhtiarkan untuk mendapatkan cuti kecemasan atau
apa-apa cara yang terbaik.
Rata-rata rakyat Kelantan sebenarnya telah
lali dengan keadaan tersebut. Sebenarnya, bukan di Kelantan sahaja sesak, di
tempat lain pun begitu. Mereka yang tinggal di Lembah Kelang mengalami
kesesakan lalu lintas setiap hari tidak kira musim.
Kalau setakat setahun sekali sesak itu
sudah tidak perlu difikirkan apa-apa lagi. Pemimpin Kelantan pun ada mengatakan
sekadar sekali setahun sahaja keadaan lalu lintas sesak. Dapatlah rasa suasana.
No comments:
Post a Comment