Tuesday, 20 June 2023

PERLU AMALAN BERSEDERHANA DALAM KEHIDUPAN

 
Bukan harta yang mengangkat darjat kita tinggi. Bukan status dan pangkat yang membawa kita ke syurga.
 
Sebaik-baik hamba-Nya, hamba yang sedar di mana bumi tempat dia berpijak, di mana langit yang menjadi bumbung tempat dia berteduh dan berlindung.
 
Sedasyat-dasyat penyakit, adalah penyakit pelupa. Bila lupa, mulalah diri kita dihanyutkan dengan pelbagai rasa yang membawa diri kita jauh daripada rahmat Allah SWT.
 
Penyakit lupa diri, sombong, rasa terpuji, rasa dirinya lebih mulia dan hebat daripada orang lain. Kita tidak tahu, bila kita ini akan diuji atau diduga dengan penyakit yang dasyat ini.
 
Bermohonlah pada Allah SWT selalu, agar kita dikurniakan sekeping hati yang sentiasa bersederhana. Tidak menjadi terlalu tinggi sehingga angkuh melihat orang di bawah. Tidak juga menjadi terlalu rendah, sehingga membiarkan diri dianiaya olh orang lain. Dengan itu hiduplah dengan kesederhanaan dengan bijaksana.
 
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas di bumi-Nya pada hari ini untuk meneruskan saki baki kehidupan yang sementara. Setiap hari ada saja berita kematian tidak kira usia. Dan, pada suatu detik nanti kita pula akan menjadi sebahagian yang meninggal itu.
 
Jesteru seruan para rasul serta kesinambungan para ulama adalah mengajak seluruh manusia untuk menuju kepada takwa sebelum kita semua mengakhiri nafas kita yang terakhir berserta iman yang benar.
 
Apakah yang akan terjadi kalau kita mati tanpa iman dan taqwa? Akibatnya manusia akan diazab bermula di dalam kuburnya hinggalah ke siksaan kemuncak yang terakhir iaitu neraka.
 
Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk istiqamah di dalam melakukan ibadah seharian.

No comments:

Post a Comment