Thursday, 29 May 2025

KKMM AKRAB ZON TIMUR

 
Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (KKMM) Pejawat Awam AKRAB Zon Timur telah berlangsung pada 26 hingga 29 Mei 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Besut, Terengganu.
 
Kursus anjuran Seksyen Penjawat Awam Persekutuan, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) disertai seramai 104 penjawat awam daripada pelbagai kementerian yang bertujuan memperkukuh pemahaman terhadap dasar-dasar kerajaan semasa berlandaskan gagasan Malaysia Madani.
 
KKMM ini merupakan inisiatif penting dalam usaha memperkasa semangat kenegaraan dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan penjawat awam. Kursus ini juga selaras dengan gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kerangka dasar pembangunan negara berteraskan nilai insani.
 
Program ini turut memberi penekanan kepada penghayatan nilai kenegaraan serta peranan penjawat awam sebagai ejen perpaduan dan penyampai dasar kepada rakyat.
 
Program ini turut menyasarkan kefahaman mendalam terhadap prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, serta enam nilai teras Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta,hormat, deyakinan, dan ihsan.


No comments:

Post a Comment