Sifat
sukan yang universal membolehkan aktiviti dilakukan secara terbuka dan
masing-masing mempunyai matlamat ke arah positif seperti untuk mencipta
kejayaan, riadah, persaudaraan dan semangat berpasukan.
Sukan
diakui sebagai satu kaedah membentuk hubungan baik anggota masyarakat tanpa
mengira kedudukan, umur dan kekayaan.
Menyertai
aktiviti sukan menjadikan seseorang lebih cemerlang dalam hidupnya dan
menikmati hidup lebih bermakna.
Kegiatan
seni mempertahankan diri boleh membina sahsiah diri yang melibatkan ketahanan
fizikal mahupun mental. Kegiatan itu
amat sesuai untuk golongan muda yang sedang mencari jati diri dan aktiviti yang
mendatangkan manfaat.
Tidak
benar ada dakwaan mengatakan seni mempertahankan diri seperti tekwando
menyebabkan pelajar dan golongan muda menjadi agrasif hingga menimbulkan
masalah disiplin kerana pada hakikatnya apa yang sebenarnya adalah sebaliknya.
Seni
mempertahankan diri mengajar dan mendedahkan pesertanya kepada amalan
menghormati rakan dan lawan yang mengutamakan nilai-nilai murni seperti sabar,
tolong menolong, ihsan kepada yang lemah dan mematuhi peraturan.
Seni
mempertahankan diri mendedahkan peserta kepada teknik yang betul dan berkesan
untuk mempertahankan diri ketika berlaku sesuatu tidak diingini.
Kemahiran
mempertahankan diri amat penting dikuasai terutamanya di kalangan anak gadis
sebagai siapsiaga menghadapi sesuatu ancaman seperti rogol, ragut dan gangguan
seksual.
Sokongan
dan penyertaan individu, sekolah, kelab serta badan-badan lain dalam menjayakan
sukan tekwando akan menyemarakkan perkembangan sukan ini, khususnya untuk
melahirkan jaguh yang mampu mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment