Rasulullah SAW telah menziarahi
perkuburan Baqi dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa
baginda: "Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan
kami kelak Insya-Allah akan menyusuli kamu."
Jelas sekali, salam dan doa itu menyedarkan
kita bahawa pada suatu ketika nanti akan menyusuli ornag telah terdahulu berada
di kuburan itu.
Nabi SAW juga bersabda: "Dahulu
saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang kamu boleh
menziarahinya kerana menziarahi kubur itu mengingatkan kamu kepada
kematian." (Riwayat Imam Muslim)
Biarpun disunatkan atau sesuatu yang dituntut
dilakukan, terdapat panduan yang perlu dilakukan semasa melawat kubur. Antara yang
perlu diberi perhatian ialah ziarah itu bertujuan atau mampu mendidik jiwa untuk
lebih bersedia menghadapi kematian.
Ziarah kubur mesti dijauhi daripada perbuatan
pemujaan atau untuk mendapat keramah jenazah yang disemadikan di kubur itu.
Sunat menziarah kubur tidak dijelaskan
sama ada untuk lelaki atau wanita. Namun, bagi wanita perlu memastikan tidak
melakukan perkara dilarang seperti meratap dan meraung.
Selain itu mereka hendaklah menutup
aurat dan tidak bercampur bebas dengan lelaki yang bukan mahram.
Tidak pula disyaratkan supaya bersuci
daripada hadas kecil atau besar bagi mereka yang menziarahi tanah perkuburan.
Justeru, diharuskan wanita haid menziarahi kubur.
No comments:
Post a Comment