Apa
lagi jika yang berbeza hanya fahaman politik. Orang Melayu di Malaysia berlainan
fahaman politik. Ada beberapa parti politik Melayu utama di Malaysia.
Namun,
apa pun parti poltik yang dianuti dan diperjuangkan, Melayu tetap satu Melayu, satu
akidah dan percaya kepada yang sama iaitu Allah Maha Pencipta.
Maknanya,
apa pun hukum berkaitan agama adalah sama. Al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup.
Firman
Allah bermaksud: “Pada hari ini Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan
Aku sudah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku sudah redakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah, ayat 3).
Firman
Allah bermaksud: “Hendaklah kamu berpegang teguh kepada tali (agama) Allah,
jangan kamu berpecah belah. Ingatlah
akan kurniaan Allah kepadamu ketika kamu sedang bermusuh-musuhan, lalu Allah
mempersatukan hatimu, sehingga kamu menjadi satu saudara dengan kurnia-Nya.”
(Surah Ali Imran, ayat 103).
Sesungguhnya
sesiapa yang benar-benar menghayati ajaran Islam tidak sekali-kali menyukai
kepada perpecahan, keganasan dan kemusnahan.
Islam
diturunkan kepada manusia untuk dijadikan panduan hidup yang memenuhi fitrah
manusia ingin hidup dalam sejahtera, aman dan selamat.
Firman
Allah bermaksud: “Dan sentiasalah tolong menolong dalam kebaikan dan yang
mendorong kepada takwa serta jangan tolong menolong dalam perkara membawa dosa
serta permusuhan.” - (Surah al-Maidah, ayat 3).
No comments:
Post a Comment