Kata orang, jerat tak pernah lupakan
pelanduk, hanya pelanduk yang selalu lupakan jerat. Mungkin ada benarnya
perumpamaan ini yang sedikit sebanyak menyentuh aktiviti harian kita. Ini
termasuklah perhatian kita kepada sindiket yang suka mengambil kesempatan dengan
pelbagai tipu helah untuk menipu duit orang ramai jika tidak berhati-hati.
Taktik penipan mereka sentiasa berubah-ubah,
namun konsep asasnya masih menggunakan panggilan telefon. Sindiket penipuan
kewangan berkenaan melakukan penipuan dengan modus operandi menyamar sebagai
pegawai kastam, polis, hospital, pegawai mahkamah, syarikat insurans, syarikat
penghantaran barang dah sebagainya.
Apa yang memeranjatkan, masih ramai orang
di luar sana terpedaya dengan taktik penipuan yang pelbagai biarpun banyak kali
Bank Negara Malaysia dan agensi penguatkuasaan seperti polis dan Majlis
Keselamatan Negara giat menjalankan kempen kesedaran mengenai penipuan
kewangan, namun masih ada lagi orang awam menjadi mangsa penipuan ini.
Banyak lagi yang kerugian ribuan, malahan
ratusan ribu ringgit gara-gara terpedaya dan terpesona dengan bermacam penipu di
alam maya seperti macau scam, loverscam dan sebagainya.
Penipuan dalam talian terus aktif kerana
sedar peluang untuk mangsa mempercayai mereka masih ada. Mungkin bilangan yang
terpedaya secara relatifnya kecil berbanding mangsa yang cuba ditipu, tetapi
keuntungan yang diperoleh adalah berbaloi.
Masakan tidak, ada mangsa yang terpedaya
sehingga ‘menyerahkan’ wang kepada penipu berjumlah RM7.73 juta.
Kebanyakan mangsa terpedaya apabila
dikatakan akan dikenakan tindakan mahkamah atau ada waren tangkap terhadap
mangsa kerana sesuatu kesalahan.
Sepatutnya, walau taktik apa yang digunakan
oleh penipu, jika boleh menghidu penipuan mereka apabila meminta yang
bukan-bukan seperti nombor kod kebenaran transaksi (TAC) daripada pihak bank,
pemindahan wang ke akaun, pembukaan akaun baharu dan sebagainya.
Jadi berhati-hatilah semua, jangan jadi
mangsa. Jangan mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon individu yang tidak
dikenali dan buat semakan terlebih dahulu dengan agensi berkaitan sebelum
membuat keputusan atau transaksi pemindahan wang.
Gambar hiasan - bokbong atau jebon
No comments:
Post a Comment