Friday, 2 December 2022

BERHATI-HATI KETIKA MEMBUAT KESIMPULAN

 
Ada seorang budak mahu membuat uji kaji. Dia menangkap seekor belalang dan diletaknya di atas meja. Kemudian dia menyuruh belalang itu melompat. Belalang itu melompat.

Kemudian dia mencabut kedua-dua kaki belakang belalang itu. Dia sekali lagi menyuruh belalang supaya melompat. Belalang itu tidak melompat, sebaliknya merangkak sahaja.

Berdasarkan kepada uji kaji yang dilakukan itu, , budak itu membuat kesimpulan bahawa belalang tidak boleh mendengar arahan apabila kaki belakangnya dicabut. Secara tidak langsung juga bermaksud "telinga" belalang terletak di kakinya. 

Itu kesimpulan mudah dibuat oleh seorang budak. Janganlah kita yang dewasa terikut-ikut dengan tahap pemikiran budak,

Berhati-hatilah ketika membuat kesimpulan, terutama dalam perkara penting atau melibatkan kesan yang besar kepada diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa. 


No comments:

Post a Comment