Banyak orang keliru dengan nama sejenis
haiwan yang dipanggil monyet, kera, beruk dan beberapa nama lain seperti mawas,
babun, siamang, ungka, lotong, kekah, kelabat, awan, kawa, wak-wak, ketek,
kunyuk dan macam-macam nama lain.
Ada kenyataan yang mengatakan perkataan ‘monyet’ adalah
merujuk kepada kumpulan haiwan-haiwan tersebut. Manakala ada pula mendakwa
monyet sejenis haiwan yang hampir menyerupai kera.
Kali ini cukup disebut dua nama sahaja
iaitu kera (Macacus cynomolgus) dan beruk (Macaca nemestrina).
Kera adalah jenis yang banyak hidup di hutan
tebal atau kawasan berhampiran dengan kediaman manusia. Kera biasanya tinggal
di atas pokok, namun akan turun ke tanah jika makanan terdapat di tanah,
terutama yang dicampakkan atau diberikan oleh manusia.
Kera dikenali dengan ada bahagian ekor yang
panjang. Ia suka atau mahir untuk bergayut di dahan pokok dan melompat dari
pokok ke pokok. Kera mempunyai tangah lebih panjang berbanding kaki. Sebab itu
ia mudah bergayut di dahan.
Beruk (Macaca nemestrina) secara fizikalnya
lebih besar berbanding kera. Beruk tidak ada ekor panjang. Hanya ada sedikit
bahagian yang tumbuh atau keluar dari bahagian badan sambungan daripada tulang
belakang.
Beruk memiliki otak lebih besar berbanding
kera. Sebab itu, beruk boleh dijinakkan dan dilatih untuk memetik kelapa dan
buah-buahan. Beruk lebih kuat dan mampu bekerja memetik buah kelapa dalam
tempoh masa panjang.
Untuk memastikan beruk berupaya
melaksanakan tugas dengan baik, tahap pemakanan beruk perlu diutamakan. Selain
diberi makan nasi dan buah-buahan, beruk juga diberimakan telur separuh masak,
air susu dan sebagainya.
Buah paling baik untuk makanan beruk ialah
pisang yang dapat memberi sumber tenaga untuk melakukan tugas memetik buah.
Sebagai penambah tenaga, ada pemilik memberikan beruk madu lebah dan air
kesihatan yang biasa diminum oleh manusia.
Gambar atas - kera
Beruk
No comments:
Post a Comment