Baja ikan atau Fish Amino Asid (FAA) adalah sejenis baja yang dihasilkan daripada ikan yang dikompos atau diproses menjadi baja. Sejarah penggunaan baja ikan secara ‘moden’ telah diperkenalkan di Korea pada sekitar 1970-an. Kaedah itu kemudian tersebar di seluruh dunia.
Sebenarnya
penggunaan ikan menjadi baja telah lama diamalkan dalam masyarakat kampung,
tetapi secara tradisiona. Air basuhan siang ikan dan bahagian ikan yang tidak
diperlukan seperti perut dan insang akan dicurahkan ke pangkal pokok yang
menjadi sebagai baja.
Secara
asasnya, untuk membuat baja ikan memerlukan keseluruhan bahagian ikan. Biasanya
ikan yang tidak habis dijual dan hampir busuk akan diambil untuk dijadikan
baja.
Namun,
untuk mendapat percuma, carilah bahagian ikan yang tidak diperlukan seperti isi
perut, kepala dan insang. Dapatkan dari restoran, dapur asrama, pengusaha pemprosesan
makanan menggunakan ikan dan sebagainya. Hasilnya tidak sebaik menggunakan bahagian
ikan sepenuhnya.
Cara
membuat baja ikan:
-
Ikan dicincang.
-
Masukkan ke dalam baldi atau bekas plastik.
-
Masukkan gula melaka dengan nisbah 1: 1
-
Kacau rata bahan tersebut.
-
Tutup baldi dengan kain kasa.
-
Selang 3-4 hari kacau bahan peraman agar proses penapaian berlaku dengan lebih
pantas.
-
Sekali sekala akan kelihatan buih muncul tanda mikrob sedang menjalankan tugas
mereka.
-
Peram selama 10 hari.
-
Jika ada lapisan lemak selepas 10 hari, boleh bubuh 1-2 sudu makan mikrob baik.
-
Tapis untuk mendapatkan air baja ikan.
-
Simpan gelap dan dingin.
-
Baja ini boleh bertahan 6-12 bulan.
Penggunaan:
-
Campurkan satu sudu makan baja ikan ini dicampurkan dengan 2L air.
-
Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok.
-
Boleh juga siram keliling pangkal pokok.
FAA
kaya dengan nitrogen N merupakan baja yang bagus untuk siraman atau semburan
foliar untuk mempertingkatkan pertumbuhan semasa fasa pertumbuhan (vegetatif)
dan sesuai digabungkan dengan baja cecair lain.
Untuk
sayuran berdaun, menggunakan FAA secara berterusan (semburan seminggu sekali)
akan meningkatkan hasil dan memberi rasa sayur yang enak dan beraroma.
Disebabkan
FAA kaya dengan unsur N, maka tidak digalakan sembur atau siram FAA semasa
pokok masuk fasa pembungaan kerana akan mengurangkan putik bunga muncul dan
hanya pucuk serta daun sahaja keluar.
FAA
ini mengandungi minyak ikan hasil fermentasi yang mengeluarkan bau agak ketara.
Ini merupakan penghalau terhadap sesetengah serangga seperti hamama, lalat
putih, afid, bena dan koya.
No comments:
Post a Comment