UMNO
telah lama mengamalkan dasar rentas politik iaitu melalui Perikatan dan
kemudiannya Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya mentadbir negara selama 60
tahun lebih dalam keadaan aman dan harmoni.
Sejarah
awal menerusi MCA dan MIC melalui Perikatan dan kemudiannya bersama rakan-rakan
lain di dalam BN telah berjaya meletakkan negara dan rakyat negara ini dalam
satu keadaan yang cukup baik malah parti yang cauvinis memasuki BN, mereka faham
serta mengamalkan asas kerjasama rentas kaum, rentas agama dan budaya.
Jadi
tidak timbul UMNO tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa. Sebenarnya hanya
memilih dengan siapa hendak bekerjasama. Ini penting bagi memastikan kerjasama
itu membawa kepada kebaikan kepada parti dan orang Melayu.
UMNO
mesti bekerjasama dengan parti yang boleh memberi kekuatan kepadanya dan bukan
nak bagi UMNO dikerjakan oleh orang dengan parti-parti lain.
Kerjasama
dengan dikerjakan dua perkara yang berlainan. Apapun bentuk kerjasama jangan sampai
dikerjakan.
Kalau
kena dikerjakan, apa guna berkerjasama. Berkerjasama bermakna saling memberi
manfaat. Mesti bekerjasama dengan parti yang boleh menambah nilai.
UMNO
mesti bekerjasama atau pun mengadakan persefahaman dengan parti yang boleh
menambah kekuatan. Ini asas yang dibuat semasa dalam BN dahulu, Perikatan
dahulu. Jadi tidak timbul UMNO tidak boleh bekerja dengan sesiapa.
Maka
tidak timbul orang kata UMNO parti yang rasis Melayu sahaja. Bagaimana
kerjasama dalam Parti Perikatan dan diteruskan dalam Barisan Nasional, itulah
juga UMNO sekarang yang tidak rasis Melayu.
UMNO
yang memperkenalkan dan memperkasakan politik parti. Sanggup berkongsi kuasa
dan bertolakansur dengan parti lain.
Parti
yang cauvinis dulu pun masuk dalam BN mereka faham dan mereka mengamalkan asas
kerjasama rentas kaum, rentas agama dan budaya.
Pemilihan
rakan kerjasama cukup penting kerana pengakhiran cerita politik adalah
menubuhkan kerajaan dan seterusnya menguruskan negara dan rakyat.
Langkah
itu juga akan menentukan kuat atau tidak sesebuah kerajaan yang akan ditubuhkan
kelak kerana sepertimana yang ditekankan sebelum ini pengakhiran politik adalah
untuk menubuhkan sesebuah kerajaan.
Gambar: Muara Sungai Kelantan. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment