Bangsa Melayu mementingkan
kehalusan budi yang diungkapkan melalui pertuturan. Salah satu bahasa
pertuturan yang melambangkan budi bahasa dalam bangsa Melayu ialah kata ganti
diri kedua bagi menggantikan nama orang yang dilawan bercakap.
Kata
ganti diri kedua digunakan berbeza mengikut taraf dan penghormatan yang ingin
diberikan kepada orang yang dilawan bercakap.
Perkataan
tuanku, awak, anda, kamu, tuan, puan, engkau, hang, ‘mengikut pangkat’ dan
sebagainya melambangkan bahasa Melayu mementingkan penggunaan bahasa yang
‘tepat’ kepada orang yang berbeza taraf dan suasana ketika ucapan itu
digunakan.
Untuk
bercakap dengan seorang berpangkat menteri besar, menteri, dan individu yang
ingin dihormati tentulah tidak sesuai digunakan perkataan diri awak. Panggilan
paling sesuai ialah mengikut pangkat atau gelarannya seperti Yang Amat
Berhormat Datuk.
Bagaimanapun
dalam situasi atau dialek tertentu maksud sesuatu perkataan mungkin berlainan.
Ia bergantung kepada maksud sebenar penuturnya.
Sebenarnya
penggunaan bahasa berbudi ini lebih dipengaruhi perasaan atau tanggapan
penuturnya terhadap individu yang ingin diucapkan.
Biarpun
kedudukan individu itu tinggi dan berharta, tetapi sekiranya sikapnya tidak
menunjukkan tarafnya, maka orang lain juga tidak akan menghormatinya dengan
panggilan yang baik.
Perkara
paling asas ialah apakah jenis bahasa yang digunakan sendiri oleh orang itu.
Sekiranya orang itu sendiri lebih suka menggunakan bahasa kasar dan biadap,
maka orang lain juga akan menggunakan perkataan itu kepadanya.
Sepertimana
ibu bapa mendidik anak berbudi bahasa, maka ibu bapa terlebih dahulu perlu
menunjukkan sikap tersebut.
Ibu
bapa yang suka mencarut ketika bercakap dengan anak-anak atau mengatakan
mencarut itu dibolehkan, sudah pasti akan menpengaruhi anak-anak menggunakan
perkataan mencarut.
Sesungguhnya
perkataan mencarut pada bila-bila masa sekalipun tidak boleh digunakan.
Sesiapa
menggunakan perkataan mencarut melambangkan kerendahan budi bahasanya. Manakala
sesiapa yang suka kepada perkataan mencarut atau mengatakan mencarut itu harus
diucapkan akan mencerminkan kecetekan akal seseorang.
Mencarut
dan mencaci merupakan perbuatan keji yang tidak melambangkan sikap seorang
muslim.
Jika
seseorang yang mengaku beriman dan merasakan darjat keimanannya lebih tinggi
daripada orang lain, tetapi selalu mencarut dan mencaci, maka sebenarlah itulah
hanya sangkaan kosong semata-mata.
Sebuah
hadis diriwayatkan oleh Ahmad bermaksud: “Sesungguhnya kekejian dan berbuat
kekejian, tidak sedikitpun daripada Islam. Dan sesungguhnya manusia yang
terbaik Islamnya ialah mereka yang baik akhlaknya.”
No comments:
Post a Comment