Tuesday, 24 August 2021

PERBUATAN MENGEJEK ORANG SAKIT

Ejek-mengejek orang sakit perlu dielakkan walaupun siapa mereka. Kalaupun dia seterus politik, jangan sekali-kali diejek.

Soal sakit jangan dijadikan modal politik. Sakit ni tiada siapa yang mahu. Tidak perlulah kita mengata itu dan ini.

Kalaupun dia berpura-pura sakit kerana niat tertentu, tidak wajar dia diserang warga maya. Biarlah pihak berwajib tentukan perkara sebenar.

Ejekan itu mungkin akan kembali kepada diri sendiri atau orang yang kita sayangi.

Waktu anda ejek orang anda semua tak ingat. Bila kena kepada diri sendiri terus keluar segala macam. Adab, budaya, hukum hakam, gambar tasbih dan sebagainya.

Kesimpulannya, perlu dielak mengejek atau perlekeh orang sakit. Kalau tak nak doakan atau ucap simpati, duduk diam-diam sahaja. Tidak perlu ia disensasikan di media maya.

Sepatutnya, kalau kita mendengar ada orang sakit, maka ucaplah ‘“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun’. Ucapan itu bukan hanya ketika mendengar berita kematian sahaja.

Ucapan “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, diucapkan ketika kita atau orang lain ditimpa musibah atau kecelakaan.

Jika ada kesempatan, sudah menjadi suatu keharusan bagi kita untuk menjenguk mereka. 

Sedangkan menjenguk orang sakit pun ada tata cara dan etikanya tersendiri. Salah satunya adalah membacakan beberapa doa menjenguk orang sakit.

Ketika melawat orang sakit, kita harus mempunyai adab yang sesuai dengan aturan Islam. Ini salah bentuk seseorang menunjukkan rasa empati. Namun tak lupa memberikan doa.

Ada doa yang pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika melawat orang sakit.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan  rasa nyeri."  (Hadis riwayat Bukhari, no. 5742; Muslim, no. 2191)

No comments:

Post a Comment