Nama
Mahiaddin Md Yasin tiada cacat dari segi maksud dan sebutan. Tidak perlu ditukar
kepada nama lain.
Orang
yang menukar nama kepada nama glamor biasanya di kalangan artis. Tetapi rupanya
orang politik juga hendak guna nama glamor.
Tidak
pasti puncanya, mengapa nama Mahiaddin Md Yasin ditukar kepada Muhyiddin Mohd Yassin.
Kalau
masa dahulu, nama anak ditukar dengan nama lain kerana selalu mengalami
penyakit. Nama digunakan dikatakan tidak serasi sehingga menyebabkan sering kena
penyakit.
Budak
yang kerap dijangkiti penyakit dipanggil ‘nyakitan’. Biasanya apabila dipanggil
dengan nama lain, budak yang nyakitan itu akan sembuh.
Biasanya
nama baharu itu akan kekal digunakan sehingga dewasa dan seterusnya. Pun
begitu, nama asal yang tercatat di dalam kad pengenalan kekal sebagai identiti
diri.
Nama
adalah anugerah yang dipilih oleh ibu bapa. Mengapa perlu ditukar atau dikenali
dengan nama lain?
Kalau
Perdana Menteri sendiri menggunakan nama glamor, mungkin selepas ini banyak
pula rakyat ingin menggunakan nama glamor sehingga satu budaya.
Nama
Mahiaddin Md Yasin timbul apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan perintah penahanan yang
ditandatangani Muhyiddin Yassin tahun lalu yang ketika itu merupakan Menteri Dalam
Negeri.
Ini
kerana menteri berkenaan menandatanganinya menggunakan “nama glamor” Muhyiddin
Mohd Yassin dan bukannya nama dalam kad pengenalan (MyKad), Mahiaddin Md Yasin.
Peguam
Danial Amir Hamzah berkata, Pesuruhjaya Kehakiman, Norsharidah Awang membenarkan
permohonan habeas corpus oleh Awang Sari Lasikan.
Mahkamah
Tinggi setuju dengan hujah peguambela bahawa Muhyiddin seharusnya tidak
menandatangani perintah penahanan dengan nama “glamor” Muhyiddin, sebaliknya
perlu menggunakan nama dalam MyKad.
Ketika
(Perikatan Nasional) mengambil alih kerajaan baharu Mac tahun lalu, masih belum
ada kabinet dan Muhyiddin selain menjadi Perdana Menteri, juga menjalankan
tugas sebagai Menteri Dalam Negeri.
Di
antara tugas yang dilakukannya adalah menandatangani perintah penahanan di
bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, yang
termasuk menandatangani perintah itu terhadap Awang pada 9 Mac 2020.
Awang
kemudian ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mencabar keabsahan perintah
penahanan itu kerana tidak ditandatangani sesuai dengan nama Muhyiddin seperti
yang dinyatakan dalam warta kerajaan.
Di
bawah Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, nama yang dinyatakan dalam warta adalah
Mahiaddin Md Yasin, iaitu nama dalam MyKad-nya.
Justeru,
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa setiap keputusan eksekutif atau tindakan yang
diambil oleh Perdana Menteri atau menteri harus menggunakan nama tersebut dalam
warta, iaitu nama dalam MyKad dan bukan nama glamor.
Perintah
penahanan ditandatangani dengan nama Muhyiddin dan bukan Mahiaddin. Oleh itu
mahkamah membenarkan permohonan habeas corpus Awang.
Keputusan
Mahkamah Tinggi itu berpotensi membuka ruang kepada permohonan habeas corpus
yang serupa. Ini kerana terdapat beberapa tahanan lain yang ditahan di bawah
perintah penahanan yang ditandatangani Muhyiddin ketika dia menjalankan tugas
sebagai Menteri Dalam Negeri.
No comments:
Post a Comment