Perikatan
Nasional (PN) bersedia meletak calon di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke
-15 (PRU15) sekiranya Umno terus berkeras dan tidak mahu bertolak ansur
berhubung pengagihan kerusi.
Pengerusi
PN yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri
Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak mempunyai halangan sekiranya UMNO
memutuskan tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 nanti.
Dimaksudkan
semua kerusi itu sudah tentu termasuk yang diperuntukkan kepada Pas yang turut
menjadi parti komponen PN.
Persoalannya,
adakah Pas akan melawan UMNO/BN jika diagihkan kerusi yang sama ditandingi UMNO
oleh PN? Atau, parti mana akan disokong Pas jika UMNO berdepan dengan PN?
No comments:
Post a Comment