Istana Batu dibina pada tahun 1939
iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad
Keempat. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan
Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab
11 dan sebagai hadiah perkahwinan.
Istana ini telah menjadi tempat bersemayarn Sultan Yahya
Petra sehinggalah tahun 1960 sebelum baginda ke Istana Kota Lama yang telah
dijadikan tempat bersemayam rasmi Sultan Kelantan. Dalam tahun 1966 Istana Batu
ini telah diubahsuai kemudiannya menjadi kediaman rasmi Dato Tengku Salwani
binti almarhum Sultan Yahya Petra.
Pada
tahun 1969 Istana Batu ini dijadikan istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia
Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya yang
kemudiannya menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim.
Baginda telah bersemayam di Istana Batu sehingga tahun 1972.
Istana
Batu telah menempa banyak sejarah seperti tempat perkahwinan kerabat-kerabat
DiRaja, tempat kediaman bagi raja-raja, kerabat-kerabat dan tetamu-tetamu
Al-Sultan Kelantan semasa berkunjung ke negeri Kelantan.
Istana
ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga almarhum Sultan Yahya
Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai Muzium
DiRaja dan telah dirasmikan oleh Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya
Petra pada 25 Julai 1991 bersempena dengan hari ulang tahun Keputeraan Baginda
yang ke-41.
Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan
Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan,
rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan
lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan.
Muzium DiRaja Istana Batu ini terletak
dalam pusat bandar Kota Bharu. Muzium ini amat bersejarah dan menjadi tarikan
para pelancong penyelidik dan juga penduduk tempatan untuk mengenali lebih
dekat lagi tentang keluarga DiRaja. Istana ini terletak di Jalan Hilir Kota
iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar Kampung Kraftangan manakala bahagian belakang pula
adalah Masjid Muhammadi.
Dengan melawat Istana Batu atau Muzium
DiRaja ini, para pengunjung berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri
bagaimana keadaan di dalam istana yang pernah didiami oleh Sultan Kelantan dan
Kerabat DiRaja pada suatu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment