Pemimpin dan penyokong PAS mempunyai kematangan dalam
menyatakan sesuatu perkara. Ulasannya jelas dan teliti.
Namun, itu jika memberi kebaikan kepada PAS. Sebaliknya,
kematangan itu hanya ilusi untuk tujuan lain yang lebih menguntungkan PAS.
Hukum boleh berubah dengan berubahnya keadaan. Itulah hujah
pemimpin dan penyokong PAS dan menyatakan sesuatu perkara yang mendatangkan
keuntungan kepada mereka.
Di bawah adalah catatan catatan penyokong PAS di media
sosial. Pemikiran matang dan berhemah. Namun, seperti biasa, ia sekadar untuk
menunjukkan betapa baiknya PAS dalam pejuangan.
Hakikatnya bukan begitu. kebijaksanaan itu hanya di atas kertas.
Ketika PN ditubuhkan, PAS turut menjemput UMNO untuk turut serta, sedangkan di
dalam gabungan itu ada Bersatu yang ditubuhkan oleh bekas ahli UMNO.
Itulah PAS dan pemikiran pemimpin dan ahlinya. Bijak
berkata-kata, tetapi perlaksanaan tidak sebegitu.
Catatan penyokong PAS
PAS selalu mengajar bahawa perjuangan bukan sekadar menang.
Perjuangan ialah amanah. Perjuangan ialah akhlak. Perjuangan ialah menjaga
ukhuwah walaupun ketika ada peluang mengambil kesempatan.
Maka ujian sebenar kepada PAS bukan hanya ketika PAS rugi,
tetapi ketika PAS boleh untung dengan luka sahabat. Di situlah Allah uji adab
perjuangan.
Parti politik biasa mungkin hanya bertanya, “berapa kerusi
kita boleh tambah?” Tetapi parti yang membawa nama Islam sepatutnya bertanya,
“apa adab kita kepada sahabat?”
Kalau PAS pun mula mengukur semua perkara dengan untung rugi
politik, maka hilanglah beza moral yang selama ini PAS ajar kepada ahli sendiri
dan tiada beza pun antara PAS dan PH.
Perikatan Nasional (PN) jangan jadi gabungan yang pandai
mengutip orang kecewa, tetapi gagal menjaga hati rakan sendiri. Gabungan
seperti itu mungkin nampak besar di atas kertas, tetapi rapuh di dalam jiwa.
Hari ini krisis Bersatu dijadikan ujian. Esok mungkin krisis
PAS pula. Kalau pintu ini dibuka hari ini, jangan terkejut kalau satu hari
nanti pintu yang sama menjadi jalan orang melukai PAS pula.
Sebab itu dasar ini bukan untuk menghukum sesiapa. Ini dasar
untuk menjaga rumah bersama. Parti serpihan daripada rakan sendiri jangan
diterima sebagai anggota PN. Individu yang dipecat oleh rakan sendiri jangan
dijadikan aset politik oleh parti komponen lain.
Ini bukan dendam. Ini disiplin persahabatan. Ini adab
berjemaah. Ini cara kita menjaga maruah rakan ketika rakan sedang diuji.
Kuasa boleh dicari. Kerusi boleh dirunding. Strategi boleh
disusun. Tetapi maruah persahabatan, kalau pecah, susah hendak dicantum
kembali. Jangan bina PN dengan air mata sahabat sendiri. Jangan menang angka
tetapi kalah adab.
PAS kalau mahu terus dihormati sebagai parti Islam dalam PN,
PAS mesti menjadi penjaga maruah gabungan, bukan sekadar pedagang untung rugi
politik. Kerana kemenangan tanpa adab bukan perjuangan. Itu cuma kuasa yang
memakai pakaian perjuangan.
- Gambar sekadar hiasan
- Gambar - Ahli UMNO sentiasa istiqamah dalam perjuangan

No comments:
Post a Comment