Wednesday, 11 June 2025

MASJID AT-TAQWA, MUKIM ALOR PASIR

 
Masjid At-Taqwa, Mukim Alor Pasir, Tumpat kini hampir siap sepenuhnya. Masjid dua tingkat mula dibina pada Mac 2022 melibatkan kos RM12 juta.
 
Masjid baharu itu dibina bagi menggantikan bangunan lama yang dibina pada tahun 1974 yang telah banyak mengalami kerosokan seperti bobor atap.
 
Kos pembinaan adalah sumbangan orang ramai dan Jabatan Perdana Menteri yang menyalurkan peruntukkan sebanyak RM7.76 juta. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir meninjau permbinaan masjis tersebut pada 18 Jun 2023 dan menyalurkan peruntukan tersebut.
 
Masjid baharu itu nanti dapat menampung kira-kira 1600 orang jemaah, berbanding hanya 450 orang jemaah yang mampu ditampung masjid lama. Selain ruang solat utama, turut dibina ialah bilik mesyuarat, pejabat, ruang mengaji dan perpustakaan.
 
Masjid baharu menampil seni bina yang menarik serta mempunyai kubah yang dianggap terbesar di Kelantan. Ia dijangka bukan sahaja menjadi tarikan untuk orang ramai singgah untuk menunaikan solat, bahkan ntuk menghayati keindahan yang tersegam indah itu.

Masjid lama

No comments:

Post a Comment