Sunday, 3 March 2024

KETAM NIPAH TAHAN LASAK

Sesiapa penah membeli atau melihat ketam nipah di pasar akan mendapati sepitnya diikat dengan tali rafia. Hal tersebut tidak dilakukan terhadap ketam jenis lain. Mengapa terjadi begini?
 
Ketam nipah ketika dijual dalam keadaan masih hidup. Ketam nipah termasuk ketegori lasak dan mampu bertahan lama tanpa berada di dalam air. Ketam nipah sukar mati selepas ditangkap dan berada dalam keadaan aktif, termasuk bahagian sepitnya yang kuat menyepit dan boleh mencederakan bahagian tangan atau mana-mana bahagian badan kita yang disepitnya.
 
Jadi, untuk mengelak ia mengganas dan sukar untuk dikawal pergerakkannya ketika urusan jual beli, maka bahagian sepitnya akan diikat agar tidak dapat digerakkan. Biasanya tugas mengikat ini dilakukan oleh penangkapnya sebaik dibawa naik dari habitatnya.
 
Sebaliknya, jenis ketam lain biasanya akan mati selepas tidak berapa lama ditangkap. Jadi, tidak timbul soal ketam itu akan menyepit biarpun ukuran sepitnya panjang dan nampak kuat.
 
Khasiat ketam nipah dipercayai mampu mengubati deman denggi untuk meningkatkan bilangan platlet darah. Ketam nipah mengandungi khasiat vitain A, B, Bm dan B 12 serta mineral zink dan tembaga.
 
Isi ketam nipah segar memang sedap. Selain dibakar, ketam nipah sedap dimasak gulai lemak cili api, tomyam dan sup. Kalau direbus ‘kosong’ dan dicicah dengan sambal kicap memang terangkat.
 
Dinamakan ketam nipah atau nama saintifiknya Scylla olivacea kerana habitat ketam ini banyak hidup di kawasan banyak pokok nipah dan hutan bakau di tepi sungai berlumpur.
 
Ketam nipah juga dikenali ketam bakau atau ketam lumpur.
 
Dalam persekitaran semula jadi, ketam nipah hidup di muka muara sungai yang berlumpur. Keluar mencari makam terdiri ikan dan hidup air lain termasuk siput.
 
Ketam nipah membiak secara bertelur. Ketam nipah adalah dari spesis "carnivor' atau ganas. Sebab itu, ketam nipah sukar ditangkap.
 
Ketam nipah spesies bersembunyi di lubuk dan sukar untuk menangkapnya. Perlu ada kemahiran untuk menangkap ketam nipah dengan menggunakan alat tangkul atau dipanggil juga bento.
 
Tangkul akan diletakkan umpan menggunakan ikan segar biasanya tenggiri, tamban atau kembung. Umpan ikan segar akan menarik ketam nipah keluar dari lubuknya.
 
Ketam nipah akan masuk ke dalam tangkul dan terperangkap. Setiap tangkul boleh memerangkap beberapa ketam nipah pada satu-satu masa.


No comments:

Post a Comment