Nama kuih lompat tikam sinonim dengan
rakyat Kelantan dan Terengganu. Tetapi ada perbezaan antara lompat tikam
Kelantan dan lompat tikam Terengganu.
Pembuatan dan kandungan lompat tikam
Terengganu lebih ringkas berbanding lompat tikam Kelantan biarpun kedua-duanya
dimakan bersama-sama cecair manisan gula melaka. Manisan gula melaka
menghasilkan rasa lemak manis yang seimbang.
Bahan asas membuat lompat tikam Terengganu
adalah tepung beras untuk menghasilkan lapisan pertama dan kedua dengan
ditambah perasa daun pandan bagi memberi warna kehijauan.
Bahan untuk membuat kedua-dua lapisan
adalah sama, kecuali untuk lapisan hijau yang dilebihkan penggunaan daun
pandan. Ada juga pembuat yang membuat perbezaan dengan menggunakan tepung jagung
sebagai tambahan. Bahagian hijau juga ditambah dengan air kapur untuk lebih
kenyal, memberi tekstur berbeza antara kedua-duanya.
Perbezaan dengan lompat tikam Kelantan ialah
bahagian putih adalah campuran santan dimasak bersama-sama dengan tepung beras
atau tepung jagung. Sebab itu ia dalam keadaan likat dan bukannya ketul.
Satu perbezaan ketara ialah lompat tikam Kelantan (gambar bawah) disertakan dengan pulut merah.
No comments:
Post a Comment