Thursday 8 July 2021

DOSA DILAKUKAN BAPA MERTUA

 
Bapa mertua ghairah main dengan menantu. Bapa mertua dan menantu juga ada nafsu melakukan perkara ditegah. Apabila nafsu menguasai diri, kewarasan fikiran berdasarkan iman akan melayan. Kehendak nafsu jahat akan diikuti semahu hati. Itu antara selingkar kisah dalam masyarakat.

Sesiapa melakukan dosa, tidak kira statusnya, maka perlulah dia bertaubat. Bertaubat bermaksud menyesali perbuatan mungkar dan kembali mengikut segala tuntutan syarak. Taubat yang sebenar-benarnya akan membersihkan diri seperti tidak pernah melakukan dosa yang berkenaan. 

Namun, ini tidak bermakna manusia boleh melakukan dosa dan kemudian bertaubat secara suka-suka. Taubat yang tidak ikhlas atau hanya di mulut saja tidak akan diterima.

Allah SWT sentiasa mengingatkan kepada manusia agar memohon taubat kepada-Nya. Sesiapa pernah melakukan dosa tidak sepatutnya berputus asa untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT. 

Firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad):  “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dialah jua yang mengampunkan segala dosa.  Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melakukan perbuatan dosa merupakan satu kezaliman terhadap diri sendiri di dunia dan di akhirat. Kezaliman itu menjadi semakin berat dan berambah jika tidak mahu bertaubat dengan segera untuk membersihkan diri.  

Taubat boleh dilakukan sepanjang masa tanpa perlu menunggu usia tua atau pada hari tertentu sahaja. Sebaik-baik taubat ialah yang dilakukan sebaik selepas menyedari telah melakukan dosa. Tindakan itu dapat mengelak diri terbiasa melakukan dosa dan seronok mengulanginya hingga tidak mahu bertaubat.      

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan jiwanya itu dan rugilah orang yang mengotorinya (dengan kekotoran maksiat).” (Surah as-Syams, ayat 9 - 10).

Taubat melahirkan jiwa tenang, bersih dan tidak gusar. Apabila bertaubat dengan sebenar-benarnya, Allah SWT mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan kita benar-benar beriman.  Taubat memperkuatkan takwa dan benci terhadap perbuatan dosa.

Sebenarnya amat penting kita melakukan taubat sebaik menyedari melakukan dosa. Cara itu dapat menyucikan titik hitam yang terbentuk di dalam hati setiap kali melakukan dosa. Jika tidak dibersihkan segera, titik hitam itu lama kelamaan menjadi satu tompok hitam yang sukar untuk disuci lagi.   

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu noktah berwarna hitam. Jika dia bertaubat, meningggalka dan beristighfar, hantinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, noktah hitam itupun turut bertambah hingga menutupi hatinya. Maka itulah karat yang disebut Allah dalam al-Quran.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi).

Semakin banyak tompokan hitam telah menutupi hati bermakna telah banyaklah perbuatan ingkar dilakukan.

Manusia yang telah tertutup hatinya sukar menerima kebenaran yang dijelaskan kepada mereka.  Sebaliknya mereka menyalah pihak lain mengapa perkara itu terjadi.  

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sekali-kali tidak demikian (ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya), bahkan mata hati mereka diselaputi kekotoran (dosa) dengan sebab perbuatan (mungkar dan maksiat) yang mereka kerjakan.” (Surah al-Mutaffifin, ayat 14)

No comments:

Post a Comment