Kerajaan
Malaysia berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan rel kepada kadar
lebih tinggi.
Kadar penggunaan perkhidmatan rel yang tinggi di sesebuah negara
dianggap sebagai tanda kemajuan pengangkutan di sesebuah negara.
Penggunaan
kenderaan rel telah lama di Malaysia sejak zaman penjajanan Inggeris. Sistem
kereta api di Tanah Melayu bermula pada 1 Jun 1885 apabila jajaran
kereta api yang pertama sepanjang 8.25 batu (13.28 km) antara Taiping dengan
Port Weld dibuka secara rasmi.
Laluan ini dibina untuk mengangkut
bijih timah daripada lombong-lombong di Taiping ke laut di Port Weld.
Pada
masa dahulu, perkhidmatan kereta api menjadi pengangkutan anggota tentera dan
ahli keluarga bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Kelengkapan tentera
juga banyak diangkut menggunakan perkhidmatan kereta api.
Sebab
itu, satu pemandangan biasa jika terdapat anggota tentera di stesen kereta api.
Anggota tentera menggunakan waran tiket percuma kereta api yang perlu
menukarkan waran tersebut kepada tiket di agen penjualan tiket.
Penggunaan
kereta api dianggap memudahkan anggota tentera kerana mereka akan dihantar ke
stesen kereta api menggunakan kenderaan tentera dan akan ada pihak menanti di
stesen dituju untuk dibawa ke kem.
Ketibaan
di sesuatu stesen yang berhampiran dengan kem tentera biasanya melibatkan
banyak anggota. Jadi, proses untuk membawa mereka ke kem lebih mudah.
Biarpun
pengguna waran tiket percuma kereta api masih diamalkan atau disediakan, tetapi
sekarang ini anggota tentera yang menggunakan kereta api semakin berkurangan.
Anggota tentera kini lebih gemar menggunakan bas yang juga disediakan waran tiket
percuma. Perkhidmatan bas dianggap lebih selesa dan cepat.
Semoga
penggunaan kereta api kembali menarik perhatian anggota tentera dan ahli
keluarga untuk bergerak ke satu-satu destinasi.
No comments:
Post a Comment