Friday 22 April 2022

BIAR TIDAK KENAL, HATI IKHLAS MEMBANTU

 
Melakukan kerja-kerja kebajikan memerlukan keikhlasan. Apa yang dilakukan secara sukarela. Tiada istilah ‘siapa kau’ dan ‘siapa aku’, apa yang penting sama-sama menyumbang tenaga untuk menjayakan sesuatu program.

Inilah yang diamalkan di kalangan ahli Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) ketika program berbuka puasa bersama asnaf.

Memandangkan PCAK baharu ditubuhkan, sebahagian besar ahli masih tidak mengenali sesama mereka. Ada yang datang tanpa mengenali sesiapa pun, tetapi datang demi untuk menjayakan program.

Justeru, mereka bersedia membantu apabila ada perkara yang belum selesai. Mereka terus membuat bersama-sama tanpa sempat berkenalan sesama mereka.

Suasana ceria, tugasan berjalan lancar. Keikhlasan diutamakan, nasib asnaf dibela.

Anda juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment