Friday 15 April 2022

PCAK SALUR BANTUAN HASIL SUMBANGAN ORANG RAMAI

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) terus menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan, hasil sumbangan orang ramai. Terima kasih kepada yang memberi kepercayaan kepada PCAK untuk mengenal pasti golongan asnaf dan seterusnya menyalurkan bantuan.

Selain menyerahkan bantuan, PCAK akan ambil maklum mengenai maklumat asnaf yang disantuni bagi membolehkan rancangan atau diusahakan bantuan lain yang diperlukan.

Jika keperluan asnaf itu tidak mampu disumpurnakan oleh PCAK, bantuan NGO, organisasi atau orang perseorangan akan dipohon bagi pihak asnaf berkenaan.

PCAK menjalin hubungan dengan rakan strategik seperti Asnaf Food Bank (AFBank) untuk membantu asnaf .

Bagi membolehkan PCAK terus menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf, sumbangan orang ramai amat-amat dialu-alukan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment