Saturday 19 March 2022

Kisah rezeki Pak Cik Loh

 
Kisah Pak Cik Loh kalau ikut cerita asal di FB Shaida Farizal ni panjang. Ada dua bahagian... itu tanda panjangannya kisah penderitaan Pak Cik Loh.

Kepada yang hendak tahu kisah panjangnya boleh lawati di FB Shaida Farizal atau membahasakan dirinya Dikda.

Untuk tulisan di sini kita ringkaskan. Dikda dan Amir (pasangan suami isteri) adalah aktivis kemasyarakatan yang banyak melakukan kerja sukarela.

Mereka bersama dengan idividu lain, termasuk sokongan beberapa NGO, menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada yang memerlukan.

Dalam kisah ini, yang dibantu ialah Pak Cik Loh yang tinggal di Rantau Panjang. Pak Cik Loh telah terlantar sakit kira-kira dua bulan. Tidak boleh berjalan dan keadaan badannya agak lemah.

Tengok pada keadaan rumah, ni sudah dikira miskin tegar. Pak Cik Loh tidur hanya berlapikkan kain dan tikar.

Dengan keadaan kesihatan yang tidak baik, Pak Cik Loh tidak lalu makan. Kadang-kadang anaknya belikan nasi air untuknya.

Minumannya pula, selain air kosong, dibacuhkan air susu pekat manis. Air kosong memang elok untuk kesihatan, tetapi susu manis boleh mendatangkan bahaya kesihatan. Tambahan, Pak Cik Loh ada penyakit TB dan lelah, dan mungkin juga penyakit lain.

Pendek cerita Dikda dan Amir cuba untuk dapatkan katil kepada Pak Cik Loh agar dia dapat baring dengan selesa.  

Selepas pelancaran dana di story wasap & facebook, banyak yang PM mintak nombor akaun untuk bagi bantuan.

Dalam pada masa sama, Amran Rahman yang mengetahi tentang penderitaan Pak Cik Loh bersedia untuk membantu dapatkan katil.

Ada hamba Allah PM di khidmat pesanan nak bagi sebiji katil untuk Pak Cik Loh.

Tiba-tiba  ada yang wasap nak bagi katil sebiji jugak.

Ting tinggg wasap masuk lagi, ada hamba Allah nak belikan susu untuk pakcik loh. Mintak alamat Dikda. Nak pos terus.

Ting tinggg lagi wasap masuk, ada hamba Allah nak masukkan duit untuk Dikda belikan katil untuk Pak Cik Loh.

“Subhanallah. Jatuh air mata. Betapa ramai yang sedang mengejar saham akhirat.” tulis Dikda. 

Sesungguhnya banyak orang ingin membantu asalkan ada sukarelawan ingin menguruskan. Pak Cik Loh bukan sahaja mendapat katil tetapi juga tilam, pampers, susu, nestum, beras, duit zakat dan sumbangan lain.

Terima kasih semua.

Kemas kini -  Rupanya ketika kisah ini ditulis, Pak Cik Loh telah pun meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada 2.30 petang 19 Mac 2022. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. 

No comments:

Post a Comment