Monday 14 March 2022

MERPATI HIAS MENDAPAT SAMBUTAN

 
Burung merpati hias menjadi kegilaan baharu dalam kalangan peminat unggas di negara ini apabila ia semakin popular dek kerana gaya serta kecantikan yang diperagakan haiwan berkenaan.

Sesuai dengan nama merpati hias, maka kecantikan burung tersebut dipertandingkan. Ciri pertandingan tidak banyak bezanya dengan pertanding ayam katik atau ayam serama.

Merpati hias yang mula diperkenalkan sejak 2008 lalu itu semakin mendapat tempat apabila sudah ramai peminatnya tampil menyertai pertandingan tersebut.

Melalui pertandingan, baka-baka baharu dan lama yang dibawa masuk ke negara ini dapat didedahkan kepada peminat baharu burung merpati hias.

Harga merpati hias mencecak lebih RM10,000 seekor. Peminat burung sanggup berbelanja besar untuk mendapat baka yang diidamkan dan seterusnya dibiakkan.

Kriteria burung merpati hias yang dipilih untuk memenangi pertandingan berdasarkan beberapa keunikan. Antara ciri yang dinilai sebagai pemarkahan ialah dari segi posisi; tubuh badan, lenggok, kebersihan dan warna.

No comments:

Post a Comment