Tuesday 8 February 2022

TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT KIARA

 
Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara diputuskan untuk dibuka pada tahun 1985. Ketika itu Menteri Wilayah Persekutuan adalah Tan Sri Shahrir Samad.

Kerana beliau juga Pengerusi Exco Tanah dan Pengerusi Majlis Agama Wilayah Persekutuan ketika itu, mudah diputuskan supaya sebidang tanah yang besar milik kerajaan dijadikan sebagai tanah perkuburan Islam.

Ada juga yang tidak bersetuju. Ketika itu kita berada dalam 'kemaruk penswastaan' dan sebab itu ramai yang hanya melihat kepada keuntungan perniagaan dari pembangunan tanah-tanah yang 'strategik'.

Alhamdulillah, sudah ramai yang ada ibu-bapa sanak saudara, sahabat dan kenalan yang dikebumikan di Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Baru setengah sahaja kawasan perkuburan yang telah digunakan sepanjang tempoh 30 lebih tahun semenjak ianya diujudkan sebagai tanah perkuburan untuk warga Islam Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment