Saturday 29 January 2022

Resolusi Muzakaran PAS – BERSATU

 
Bahawasanya PAS dan BERSATU, dengan penuh kesungguhan dan iltizam ke arah mewujudkan kestabilan politik dalam negara, telah membuat ketetapan bersama seperti berikut:

1. Mencapai persetujuan atas perkara yang disepakati, iaitu
a. Mendukung ‘prinsip bersama’ di atas nilai integriti, kejujuran, kestabilan, dan perpaduan yang inklusif.
b. Menuju ‘visi dan halatuju bersama’ ke arah mengukuhkan Perikatan Nasional (PN), menolak budaya politik ekstrem, dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara.
2. Memperhalusi strategi dan pendekatan bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional merentasi platform bukan politik, berteraskan nilai kepercayaan bersama (mutual trust) dan perkongsian saksama (equal partnership).
3. Melahirkan rasa kesal terhadap percaturan politik segelintir pihak yang menutup pintu perpaduan, menggugat kestabilan politik dan mempertaruhkan nasib rakyat.
4. Mengambil daya usaha untuk melonjakkan sokongan ‘undi penentu’ dalam kalangan pengundi atas pagar dan anak muda, melalui penjenamaan dan mesej jelas yang diterima rakyat.
5. Memperkukuhkan jalinan kerjasama PAS dan BERSATU sebagai ‘satu pasukan’ sehingga peringkat jentera akar umbi.
6. Mempertegaskan sokongan PAS dan BERSATU dalam Kerajaan Persekutuan adalah bersyarat, perlu dihormati dan dirundingi, di atas nilai integriti, anti-rasuah dan berkebajikan.
7. Menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai Perikatan Nasional.

28 – 29 Januari 2022
25 – 26 Jamadil Akhir 1443H

Catatan penulis:

Definisi resolusi ialah keputusan rasmi yang di­capai dalam sesuatu mesyuarat, persidangan dan sebaainya. Ia satu ketetapan yang disertai dengan azam dan tekad.

Berdasarkan kepada resolusi itu membuktikan hubungan PAS dan BERSATU dilihat akrab dan tidak ada isu yang boleh mengganggu gugat hubungan yang telah terjalin melalui PN.

Justeru itu, tidak sepatutnya ada pihak lain yang cuba berunding dengan PAS jika ada syarat agar parti itu memutuskan hubungan dengan BERSATU seperti yang dikenakan oleh UMNO.

PAS sekali-kali tidak akan mengkhianati kawan. Berpegang erat pada janji dan akan terus bersama.

No comments:

Post a Comment