Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.
Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.
Melecur
pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:
-
Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera.
Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
-
Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit
kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
-
Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan
tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
Rawatan
kecemasan awal betul adalah:
1.
Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air
panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.
2.
Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika
ia terlekat pada kawasan lecuran.
3.
Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran
daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
4.
Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung
berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
5.
Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada
tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Tak
usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.
Semoga bermanfaat.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
No comments:
Post a Comment