Tuesday 19 November 2019

PENYEDIAAN FLYERS SECARA BERKESAN

Flyers atau risalah boleh menjadi salah satu medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika distrategikan dengan betul.

Design dengan imej dan warna yang menarik mampu menggamit pembaca untuk mengambil sedikit masa mereka untuk membaca apa yang tertera pada flyers itu.

Antara perkara penting perlu diberi perhatian dalam penyediaan flyers untuk menjadikan ia berkesan dan menarik ialah rekaletak. Rekaletak yang berinovasi tajam dan tepat sahaja mampu menterjemahkan keberkesanan iklan melalui flyers.

Flyers perlu diedar dengan banyak supaya ianya lebih berkesan. Jumlah yang normal bagi pengiklanan yang berkesan menggunakan flyers adalah perlu melebihi 1000 keping pada satu-satu kawasan yang padat.

Pengedaran flyers juga perlu dilakukan di tempat yang tepat, pada waktu yang tepat, dan mengiklankan produk yang tepat.

Secara ringkas, flyers perlu diedar dalam jumlah yang banyak kepada tempat yang tepat, masa yang tepat, dan mempromosikan produk yang tepat untuk sasaran pemasaran yang diingini.

Namun, perlu diingat agar flyers diedarkan itu perlu diletakan di tempat 'selamat' agar tidak diterbangkan oleh angin. Keadaan itu bukan sahaja tidak menepati sasaran, bahkan menjadi punca pencemaran.

No comments:

Post a Comment