Friday 25 September 2020

AIR TERJUN SUNGAI GABAI KAMPUNG SUNGAI LUI

Salah satu tempat menarik di Hulu Langat, Selangor ialah Air Terjun Sungai Gabai, Kampung Sungai Lui. Tempat ini menjadi tumpuan ramai, terutama ketika hari cuti.

Air Terjun Sungai Gabai merupakan sebuah tempat yang sangat mengujakan. Diurus dengan baik oleh pihak pengurusan. Walaupun kawasan Sungai Gabai agak terhad bagi ruangan berkelah, ia kekal popular sebagai kawasan kunjungan ramai kerana air yang sejuk dan bersih.

Bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil, biasanya cuma berkelah di bahagian kaki air terjun Sungai

Sebenarnya air terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas.

Terdapat kemudahan untuk pengunjung disediakan seperti pondok rehat, surau, bilik persalinan dan tandas.

Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan.

Di Kampung Sungai Gabai terdapat penempatan Orang Asli yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Orang Asli Sungai Gabai.

No comments:

Post a Comment