Kegembiraan menyambut Aidilfitri mesti dikongsikan dengan semua orang. Islam menegah bergembira dalam keadaan membiarkan jiran tetangga hidup menderita tanpa dihulurkan sebarang bantuan.
Sesiapa
tidak membantu tetangganya sekadar termampu, sebenarnya tidak layak merayakan
Aidilfitri yang dianggap hari kejayaan mendidik diri menjadi Muslim lebih
beriman dan bertakwa.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak
mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” – (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).
Sambutan
Syawal juga masa untuk mengeratkan silatulrahim sesama Muslim, terutama
tanggungjawab membantu Muslim lain yang berada dalam kesempitan hidup,
tambah-tambah lagi ketika sambutan hari mulia ini.
Rasulullah
menyuruh agar dikayakan orang-orang fakir dan miskin ketika menyambut
Aidilfitri. Maksud dikayakan ialah mereka mempunyai bekalan makanan yang cukup
dan tidak perlu meminta-minta pada Aidilfitri.
Begitu
juga pakaian mereka dalam keadaan yang layak dipanggil pakaian untuk sambutan
Aidilfitri, yakni tidak koyak rabak atau tidak melambangkan pakaian untuk
menyambut perayaan.
Perantau
yang pulang berhari raya sepatutnya juga menjenguk dan bertanya khabar jiran
tetangga. Bantulah mereka untuk turut bergembira menyambut Aidilfitri.
Amalan
itu tentu sekali memberi kegembiraan yang lebih menyeluruh, yakni bukan sahaja
dirasai ibu bapa menyambut kepulangan anak dan cucu, bahkan di kalangan jiran
tetangga.
Ada
perantau tetapi tidak sama sekali bertanya khabar jiran yang telah lama
ditinggalkan. Walhal, ketika kecil dahulu, di rumah jiran itulah tempat dia
bermain.
Bertanya
khabarlah jiran tetangga dan hulurkan bantuan jika memerlukan, agar kepulangan
perantau bukan sahaja membahagiakan ibu bapa, bahkan kepada jiran tetangga.
No comments:
Post a Comment