Monday 26 December 2022

APA AGAMA DIANUTI JOKOWI?

 
Adapun isu bahawa Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi adalah Kristian merupakan isu yang sudah lama dan terus muncul dengan naratif yang berbeza-beza. Jokowi merupakan penganut agama Islam.
 
Isu ini telah muncul sejak 2014 lagi yang disebarkan antara lain oleh Tabloid Obor Rakyat.
 
Jokowi adalah berketurunan Jawa beragama Islam. Sebaliknya beliau digambar sebagai seorang keturunan Cina dan beragama Kristian.
 
Isu fitnah ini terus disebarkan untuk melahirkan sentimen anti Jokowi di kalangan pemilih Muslim seperti dilaporkan dari Tribunnews.
 
Terbaharu pada 10 September 2022, Jokowi didakwa bakal bertukar agama kepada Kristian. Hal ini disebarkan dari video yang telah diedit menjadi seperti menjadi satu ‘pengumuman’ dibuat oleh seorang padri bahawa Jokowi akan bertukar agama.
 
Video tersebut diedit daripada ucapan penuh yang dibuat oleh padri berkenaan ketika menyentuh tentang soal pentingnya memastikan kebenaran sesuatu berita dengan membawa contoh seandainya ada berita tentang Jokowi ingin bertukar agama.
 
Berikut adalah transkrip yang disampaikan Padri Troy:
"Presiden Joko Widodo menyatakan keinginannya untuk bertukar agama menjadi Kristian. Ini menggemparkan, mendengar berita ini anda pasti terkejut dan hairan.
 
“Dan pertanyaan yang paling kuat muncul adalah: Dari mana asal berita itu? Siapa yang menyatakan? Siapa yang beritakan? Sumbernya dari mana?
 
“Kalau saya beritahu sumbernya dari petani di Modoinding, maka anda akan mulai meragukannya atau malah menjadi tidak percaya. Tetapi kalau saya beritahu sumbernya dari Istana Negara atau Sekretariat Negara, maka anda boleh yakin akan hal itu.
 
“Saudara saudari sekalian, ini hanya contoh maklumat yang kita terima setiap hari. Kita akan selalu bertanya tentang punca berita."
 
Dengan demikian, dapat disimpulkan bila pernyataan kontroversial Padri Troy sebenarnya adalah contoh mengenai pentingnya menanyakan kebolehpercayaan sumber berita. Melalui ceramah tersebut Padri Troy menasihatkan agar menyelidiki dahulu apa-apa berita yang diterima.
 
Malang sekali apabila video ucapan tersebut pula dijadikan mangsa mereka yang tidak bertanggunajawab.

No comments:

Post a Comment