Saturday 22 October 2022

DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Ambo sudah banyak kali melihat kanak-kanak ini didokong atau dipangku oleh sama ada ibu atau bapanya di majlis-majlis parti. Kedua-dua ibu bapanya adalah aktivis parti. Malah, datuk, nenek dan ibu saudaranya juga menjadi aktivis parti yang sama.

Memandangkan hampir kesemua ahli keluarganya adalah aktivis parti dan menyertai program parti secara bersama, kanak-kanak ini akan dibawa bersama-sama. Tidak kisahlah program di dalam dewan, di kawasan terbuka dan di mana-mana sahaja asalkan ia tidak membahayakan keselamatan kanak-kanak tersebut.

Mungkin sudah terbiasa, kanak-kanak tersebut dilihat ‘selesa’ berada di mana-mana sahaja. Senyum dan ketawa. Kalau lapar diberikan makan. Jika letih dan hendak tidur, akan ditidurkan di pangkuan ibu atau bapanya, atau di tempat yang sesuai untuk dia berehat seketika.

Semoga anak ini mengerti erti sebuah perjuangan yang dilakukan ibu dan bapanya, serta seluruh ahli keluarganya demi melahirkan satu negara bangsa yang berdaulat, aman dan maju yang bakal diwariskan kepadanya nanti. Amin.

No comments:

Post a Comment